- Advertisement -Newspaper WordPress Theme
Sihat10 Tips Atasi Masalah Kencing Tak Lawas Yang Perit

10 Tips Atasi Masalah Kencing Tak Lawas Yang Perit

Perit untuk membuang air kecil seperti rasa tak puas selepas membuang air kecil? Adakah ini ciri-ciri penyakit kencing kotor atau UTI ( Urinary Tract Infection )

Pundi kencing yang telah dijangkiti kuman boleh menyebabkan radang pada dinding pundi kencing. Jika tak dirawat dengan tepat, ia boleh merebak ke bahagian ginjal dan seterusnya ke dalam salur darah. Jom ketahui lebih lanjut tips atasi masalah kencing tak lawas supaya tidak berlarutan.

Tapi ramai juga yang mengambil mudah dan menganggap ia masalah biasa dan kalau tidak di tangani segera, lama kelamaan boleh mengundang masalah lain pula. Bahaya tu..

 

Tanda Awal Jangkitan Kuman Pada Pundi Kencing

#1. Kerap membuang air kecil

#2. Sakit semasa membuang air kecil

#3. Rasa tidak puas selepas membuang air kecil

#4. Sakit di bahagian perut

#5. Kencing berdarah

#6. Air kencing berbau busuk

#7. Demam

 

Tips Penjagaan Elak Risiko Berulang

#1. Tidak menahan apabila ingin membuang air kecil

#2. Kebersihan perlu dijaga seperti segera dikeringkan selepas membuang air kecil

#3. Amalkan cara membasuh yang betul seperti dari depan ke belakang untuk mengelakkan kuman dari dubur masuk ke pundi kencing

#4. Membuang air kecil dengan mengosongkan pundi kencing secara berkala

#5. Minum air kosong sekurang-kurangnya 2 liter sehari

#6. Elak menggunakan pewangi atau sabun pada bahagian kemaluan untuk mengurangkan iritasi pada bahagian vulva yang menyebabkan radang

#7. Membuang air kecil selepas berjimak (pasangan suami isteri)

#8. Mengambil makanan yang dapat mengurangkan asid dalam air kencing supaya bakteria tidak membiak dengan cepat. Segera mendapatkan nasihat doktor jika masalah semakin teruk sehingga mengganggu rutin harian untuk mengenal pasti masalah dengan lebih tepat.

#9. Elak pengambilan secara berlebihan makanan pedas, minuman kafein dan alkohol kerana ia memburukkan lagi masalah pada saluran kencing

#10. Mengamalkan minum air rebusan barli mampu melawaskan kencing kerana barli mengandungi serat yang tinggi dan membantu mengurangkan rembesan asid hempedu.

Subscribe Today

GET EXCLUSIVE FULL ACCESS TO PREMIUM CONTENT

SUPPORT NONPROFIT JOURNALISM

EXPERT ANALYSIS OF AND EMERGING TRENDS IN CHILD WELFARE AND JUVENILE JUSTICE

TOPICAL VIDEO WEBINARS

Get unlimited access to our EXCLUSIVE Content and our archive of subscriber stories.

Exclusive content

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme

Latest article

More article

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme