Tanda Pasangan Anda Curang Dalam Perhubungan

Mula-mula bercinta memang semua indah belaka. Mana yang betul-betul jujur dan setia dalam perhubungan In Shaa Allah akan kekal selamanya.

Namun kebanyakkan hubungan yang putus kerana berlakunya curang, samada lelaki atau perempuan. Pasti ramai yang pernah melalui masalah ini semasa bercinta dahulu.

 

TANDA-TANDA PASANGAN ANDA BERLAKU CURANG TERHADAP ANDA

1. PERUBAHAN SIKAP YANG KETARA
Dulu masa bercinta selalu mesej tanda khabar, caring, hujung minggu luangkan masa bersama anda, tetapi sekarang berubah, jangan kata nak luangkan masa pada hujung minggu, telefon pun sebulan sekali. Jika anda lihat perangai pasangan anda berubah secara mendadak, berhati-hati, berkemungkinan pasangan anda sudahpun mempunyai kekasih lain di hatinya.

2. SUDAH TIDAK MESRA
Si dia sudah tidak selalu mesra dan manja dengan anda seperti dahulu. Bualan di telefon juga dia lebih banyak berdiam diri. Semasa ber-dating, si dia kurang peka dengan apa yang anda bualkan dan selalu dengan memeriksa telefon bimbitnya. Atau si dia menunjukkan minat kepada sesuatu benda yang tidak padan dengan hobi beliau atau pun anda sendiri misalnya tiba-tiba si dia suka menonton bola, atau minat muzik rock metal. Boleh jadi ada insan lain yang mempengaruhi dia

3. MEMBERI ALASAN
Bilamana anda menelefonnya, si dia cuba menyingkatkan perbualan sependek mungkin; ibu memanggil di dapur atau ayah suruh tolong cuci kereta katanya. Jika diajak keluar pula, asyik berdalih dengan alasan sibuk atau banyak assignment untuk dibereskan

4. SELALU BERAHSIA
Selalunya pasangan andalah yang menjadi tempat anda untuk luahkan perasaan, berkongsi pendapat dan tidak pernah jemu bercakap tetapi apabila pasangan anda mula berahsia, senyap, sekejap-kejap hilang tanpa alasan yang munasabah, maknya pasti ada sesuatu yang pasangan anda sembunyikan kepada anda. Selalunya orang yang suka berahsia, senyap, belakang anda dialah yang paling rancak.

5. TELEFON BIMBIT MENJADI BARANG TERLARANG
Apabila anda meminta untuk melihat telefon bimbit pasangan anda, wajahnya terus berubah, melenting tidak tentu pasal. Kenapa perlu takut jika tidak buat salah betul? Selalunya telefon bimbit inilah boleh membuat pasangan anda pecah tembelang. Telefon bimbit penuh dengan ‘password‘, nak buka ada ‘password‘, nak buka sosial media pun ada ‘password‘? Risau betul, macam ada 1 juta ringgit dalam telefon bimbit. Ramai juga pihak yang berpendapat bahawa telefon bimbit ini merupakan privasi masing-masing tetapi apabila pasangan anda yang berbuat sedemikian, tidakkah anda rasa tertipu?

6. TIBA-TIBA BERPENAMPILAN MENARIK
Berhias cantik pada makan malam bersama kawan, kakitangan atau boss, tidakkah anda berasa pelik? Biasanya keluar makan dengan anda biasa-biasa sahaja, tapi ini lain pula, berdandan seolah-olah ingin menarik perhatian seseorang. Lainlah kalau ada majlis-majlis yang penting.

7. TIADA MASA UNTUK ANDA
Bukan ingin menjadi terlalu mengongkong tetapi jika pasangan anda selalu sangat tiada masa untuk anda, berkemungkinan pasangan anda sibuk dengan urusan lain, jikalau bukan kerana kerja, keluarga, apa lagi? Kalau pasangan anda memang jenis yang sibuk bekerja, itu lain, tetapi jika dia sibuk bekerja sampai 2-3 hari tidak mencari anda, alamatnya anda memang tiada langsung dalam fikirannya.

8. GELISAH TIDAK TENTU PASAL
Si dia asyik memandang jam tangan seolah-olah ada perkara yang lebih penting. Terlalu kerap sehingga anda terganggu dengan gelagatnya yang tak ubah seperti cacing kepanasan. Ataupun apabila handphone-nya berdering, segera dia berlari anak ke tandas untuk menjawabnya. Agak jelas bukan?

9. MENOLAK AJAKAN
Anda mengajaknya keluar pada hujung minggu tetapi si dia tak mahu. Ajak tonton wayang alasannya filem tak best. Jika mahu belanja makan sekalipun, si dia tetap menolak. Ini kerana si dia tidak ingin lagi terhutang budi kepada anda – yang bakal ditinggalkan tidak lama lagi.

10. MEMBESARKAN MASALAH KECIL
Si dia sering merungut akan masalah yang remeh-temeh seperti memakai baju yang bukan warna kegemarannya atau lain-lain perkara biasa yang kadangkala sampai tidak masuk akal.

11. KURANG MELAFAZKAN KATA-KATA CINTA
Jika dahulu, setiap mesej anda diselitkan dengan kata-kata cinta dan puisi rindu, kini tidak lagi. Kata ucapan dan pertanyaan daripada anda juga disambut acuh tak acuh

12. TERSASUL MENYEBUT NAMA PANGGILAN LAIN
Selama ini, anda dan sang kekasih membahasakan diri ‘papa-mama’. Tapi kali ini si dia kerap kali tersasul memanggil anda dengan panggilan ‘baby‘ atau ‘sayang’. Mungkin si dia telah terbiasa memanggil seseorang dengan nama itu hingga nama panggilan istimewa anda pun boleh tertukar

13. TIDAK MENGHARGAI PEMBERIAN ANDA
Hadiah anda ketika hangat bercinta yang dahulu menjadi harta paling berharga kini hanya disedekahkan saja kepada adik dan kawan si dia ataupun dibuang. Anda juga perasan yang couple ring pun sudah jarang tersemat di jari manisnya.

14. MEMBALAS PANGGILAN/ SMS ACUH TAK ACUH
Perbualan telefon anda dengan si dia menjadi satu komunikasi yang menjemukan kerana si dia lebih suka berdiam diri dan jarang mengisuka. Mesej pesanan ringkas anda pula hanya dibalas sepatah perkataan ataupun sekadar ‘K’ sahaja

15. MENCARI KESALAHAN ANDA
Kerana ingin berpisah dengan anda, si dia berusaha untuk mencari silap anda untuk dijadikan alasan untuk clash. Hinggakan perbuatan anda dahulu yang disenanginya kini menjadi satu kesalahan

16. TIDAK MESRA SEMASA BERTEMU
Walaupun anda berada di depan matanya ketika makan bersama di restoran, si dia tidak fokus dan matanya melilau ke arah lelaki/ perempuan lain yang berada di sekeliling

17. CEPAT MARAH
Apabila ditanya mengenai aktiviti yang dilakukannya seharian, si dia tiba-tiba naik angin dan menuduh anda mahu mengongkong kehidupannya

18. TIDAK MENGENDAHKAN RAJUK ANDA
Perkara biasa dalam bercinta, ada perselisihan dan rajuk. Tapi akhir-akhir ini anda dibiarkan makan hati sendirian dan tiada lagi pujuk rayu sebagai pengubat lara

19. TIDAK MENGHUBUNGI ANDA
Waktu hangat bercinta dahulu, si dialah yang sering menelefon anda. Resah dan tak senang duduk katanya jika seharian tidak mendengar suara anda. Tapi kini, nak mendapat SMS darinya pun susah, apatah lagi menelefon. Malahan anda pula yang terpaksa menelefonnya dahulu, itupun nasib baik jika si dia sudi menjawab panggilan tersebut

20. BERAHSIA / MENIPU
Jika ditanya tentang dengan siapa dan ke mana dia pergi, si dia akan sedaya upaya mengelak daripada memberi jawaban atau lebih teruk lagi – berbohong

21. MENGHILANGKAN DIRI
Ada suatu ketika anda lost contact dengannya. SMS tiada jawapan dan panggilan hanya operator yang menjawab. Apabila ditanya keesokan hari, alasan si dia Celcom buat hal

22. NALURI ANDA
Percayalah pada naluri anda. Hati sendiri akan mengiyakan sekiranya kekasih anda itu selingkuh walaupun logik akal anda cuba menafikannya. Bukankah perasaan cinta itu sendiri datangnya dari hati?

 

Jangan terlampau lurus dan bertanggapan bahawa kekasih anda tak kan pernah curang, dalam masa yang sama elakkan daripada cepat membuat judgement dan kesimpulan.

Jika si dia mempunyai petanda-petanda seperti dinyatakan di atas, anda sudah dapat meneka bahawa ada sesuatu yang tak kena dalam perhubungan anda. Maka, buatlah sesuatu.

Ikhtiar. Jangan cepat melatah dan bertindak mengikut nafsu. Cemburu dan berburuk sangka secara melulu hanya akan merencatkan lagi perhubungan anda berdua. Selidik, cari fakta, dan positifkan diri dahulu sebelum anda bersemuka dengan si dia.