Mati Pucuk Masalah Utama Lelaki


- 4 Dec 15
View 24,345 : Today 1

Adakah anda lelaki berumur 40 tahun ke atas, mula mengalami masalah kehilangan nafsu seksual atau mati pucuk, kerap keletihan, tidak bertenaga dan sukar menumpukan perhatian?

Advertisement

Jika ya, sekarang perhatikan pula bentuk badan anda.

Adakah otot yang dulunya gagah kini mula mengendur dan menggeleber?

Badan pula semakin `kembang’ dan mempunyai banyak lemak, terutama pada perut dan dada?

Jika semua ini ada pada anda, tandanya anda sedang mengalami masalah kekurangan hormon kelelakian iaitu testosteron!

 

Apakah itu Hormon Testosteron ?

Testosteron adalah hormon seks lelaki yang paling penting. Ia bertanggungjawab dalam perkembangan tubuh daripada kanak-kanak kepada lelaki dewasa yang bermula ketika baligh.

Testosteron diperlukan sepanjang hayat seseorang lelaki untuk memastikan kesihatan yang menyeluruh. Testosteron memberikan lelaki sifat kelelakian, keinginan seks, membentuk susuk tubuh lelaki yang meningkatkan keyakinan seseorang.

Bagaimanapun, paras hormon testosteron mula berkurangan selepas umur 40 tahun dengan pengurangan sebanyak 1.2 peratus setahun dan apabila meningkat umur 75 tahun, hormon ini dianggarkan berkurang sebanyak 35 peratus.

Masalah ini akan menjadi lebih buruk jika anda seorang lelaki yang gemuk kerana anda berisiko tiga kali ganda mengalami masalah kekurangan hormon testosteron.

Kekurangan hormon inilah yang menyebabkan lelaki mula kehilangan sifat `kelelakian’ mereka seperti mati pucuk dan kehilangan nafsu seks.

Dianggarkan 60% daripada lelaki yang mengalami masalah mati pucuk berpunca daripada kekurangan hormon testosteron.

Baca juga : Apa itu Hormon Testosteron ?

 

Perkaitan Gemuk, Diabetes & Mati Pucuk

Pakar menyatakan bahawa perubahan pada struktur badan dan mati pucuk boleh menjadi petanda utama kepada masalah kekurangan hormon testosteron, malah ramai tidak menyedari kaitan perkara ini berlaku kepada mereka.

Gejala ini lebih ketara di kalangan lelaki gemuk. Masalah kegemukan dan kekurangan hormon testosteron sangat berkait rapat.

Lelaki gemuk mempunyai risiko tiga kali ganda mengalami masalah paras testosteron tidak normal berbanding individu lain.

Dalam kajian komuniti ke atas 1,046 lelaki dengan purata umur 56 tahun di Subang Jaya, Selangor pada 2006, didapati 191 responden (18.5 peratus) mempunyai masalah paras testosteron rendah. Daripada keseluruhan reponden, 51.7 peratus adalah lelaki dalam kategori gemuk.

Penyusutan hormon testosteron juga dialami oleh lelaki yang mempunyai kencing manis. Inilah sebabnya mengapa ramai pesakit kencing manis hilang `kehebatan’ di atas katil.

 

Lelaki yang mengambil ubat bagi merawat kencing manis, merendahkan paras kolesterol dan glukos sangat berisiko untuk mati pucuk. Jadi inilah sebabnya kenapa ramai pesakit kencing manis menyatakan zakar mereka gagal untuk tegang sepenuhnya.

Baca juga : Mati Pucuk dan Diabetes

 

 

Gejala yang disebabkan oleh kekurangan testosteron ialah:

    • Penurunan ketumpatan tulang
    • Penurunan kekuatan dan jisim otot
    • Penurunan nafsu seks
    • Mandul
    • Keupayaan ereksi merosot
    • Fungsi kognitif (aktiviti mental) merosot
    • Kesihatan keseluruhan menurun
    • Proses penghasilan sel darah dan platelet (hematopoeisis) menurun
    • Peningkatan masalah berat badan dan obesiti
    • Emosi tidak stabil dan mudah alami kemurungan
    • Mudah letih

 

 

Rawatan Hormon Testosteron

Rawatan 1 – Suntikan Testosteron (Steroid)

testosteron

Rawatan hormon testosteron dalam bentuk suntikan memberi harapan baru kepada lelaki. Lelaki yang ada masalah kekurangan hormon testosteron hanya memerlukan empat dos suntikan setahun dengan satu suntikan bagi setiap 12 minggu (tiga bulan).

Setiap dos akan membekalkan hormon testosteron pada julat normal dalam tempoh 12 minggu.

Selain suntikan, ada juga rawatan jenis tampalan, implan dan pil hormon. Tetapi awas, rawatan jenis ini memerlukan khidmat & nasihat doktor pakar kerana kesan sampingannya sangat serius jika diambil secara ‘over dose’.

Doktor akan melakukan ujian darah untuk mengesahkan sama ada mereka sesuai mendapatkan terapi hormon ini.

Lelaki yang ada penyakit prostat tidak sesuai mendapatkan rawatan ini kerana hormon testosteron boleh merangsang pertumbuhan penyakit mereka dan mungkin menyebabkan penghasilan sel kanser prostat.

Kajian ke atas lelaki yang menggunakan rawatan ini, mendapati ia memberi kesan positif pada ketegangan zakar pada waktu pagi, ketegangan keseluruhan dan pancutan air mani. Malah, daya tumpuan, emosi, tenaga dan keyakinan turut meningkat apabila semua masalah membabitkan seks dapat diatasi.

 

Rawatan 2 – Suplemen Herba

herba

Selain rawatan suntikan hormon testosteron, cara terbaik untuk mengembalikan tahap testosteron adalah dengan mengamalkan herba seperti tongkat ali dan ubi jaga. Herba ini diakui dapat meningkatkan hormon testosteron secara semulajadi, malah telah lama diamalkan oleh orang-orang tua di Asia Tenggara.

Rawatan herba jauh lebih selamat kerana tidak melibatkan sebarang pembedahan ataupun suntikan.

M-Prolabs Alpha Capsule adalah suplemen herba terbaik untuk lelaki yang inginkan kesihatan seksual di tahap optimum. Herba ini sangat baik untuk pesakit diabetes kerana ia mampu menstabilkan gula dalam darah.

Ia diperbuat daripada 3 herba terbaik, mempunyai kelulusan KKM & Halal JAKIM.

Untuk info penuh produk, sila KLIK DI SINI

 

Kesihatan seksual penting kepada lelaki kerana ia menggambarkan kesihatan keseluruhan seseorang individu. Kesihatan seksual yang tidak normal bukan saja menjejaskan rumahtangga & keyakinan diri seseorang lelaki, tetapi turut mempengaruhi emosi, daya tumpuan dan tenaga.

Advertisement