8 Tips Penjagaan Kesihatan Seksual Lelaki

Kesihatan dan seksual saling berkaitan rapat. Tetapi, ramai orang tidak sedar bahawa mereka boleh menjaga kesihatan seksual mereka dengan mengelakkan masalah tersebut sebelum ianya berlaku.

Advertisement

 

Berikut adalah 8 tips untuk lelaki bagi mendapatkan kesihatan seksual yang maksimum:

 

1) MAKAN MAKANAN YANG SIHAT
Ramai lelaki terkejut apabila mengetahui bahawa apa yang mereka makan boleh menjejaskan prestasi seksual mereka. Dengan makan makanan yang sihat yang kaya dengan nutrien dan rendah lemak anda dapat memastikan sistem seksual anda dalam keadaan yang baik. Makan banyak buah-buahan, sayur-sayuran, daging tanpa lemak, bijirin penuh dan susu rendah lemak.

2) SENAMAN YANG KERAP 
Lelaki yang hanya banyak duduk tanpa melakukan senaman dengan masa dapati diri mereka bakal menghadapi masalah seksual. Dengan “bangun dan bergerak” anda akan mengambil peranan yang aktif dalam mengekalkan kesihatan seksual anda. Periksa dengan doktor anda dan kemudian mulakan program senaman seperti berjalan kaki, berbasikal, tenis atau apa sahaja yang anda dapati menyeronokkan.

3) BERHENTI MEROKOK
Ramai doktor bersetuju bahawa merokok boleh menjadi punca utama masalah seksual seorang lelaki. Kajian mendapati bahawa punca utama lelaki yang mengalami masalah mati pucuk adalah perokok dan bahawa merokok juga boleh mengurangkan jumlah sperma dan kualitinya. Merokok merosakkan arteri kecil yang membawa darah ke zakar menjadikannya sukar pada masa-masa untuk mengekalkan ereksi.

4) JANGAN MENGAMBIL ALKOHOL
Alkohol mengurangkan libido menyebabkan masalah ereksi dan sering kali mengurangkan keupayaan untuk mempunyai orgasma.

5) MENGURUSKAN TEKANAN DALAM HIDUP ANDA
Tekanan boleh membuatkan anda berasa letih, bimbang dan stres yang boleh membawa kepada masalah seksual juga. Jika anda membenarkan tekanan untuk menguruskan hidup anda bukan sebaliknya, kehidupan anda akan berasa seolah-olah berada di luar kawalan dan ini mempunyai impak kesan yang besar terhadap kesihatan seksual anda.

6) MELAKUKAN SENAMAN KEMUT
Biasanya ianya dikaitkan dengan wanita namun senaman kemut boleh meningkatkan tahap seksual pada lelaki juga. Senaman kemut adalah cara untuk menguatkan otot-otot yang menghubungkan pangkal zakar dengan tulang sulbi. Otot ini bertindak untuk mengawal aliran cecair melalui uretra, jadi dengan mempelajari bagaimana untuk mengawalnya anda boleh melambatkan pancutan air mani untuk meningkatkan orgasma anda.

7) DAPATKAN PEMERIKSAAN TAHUNAN DENGAN DOKTOR ANDA
Ia bukan rahsia bahawa lelaki tidak suka pergi ke doktor, tetapi jika anda mahu untuk mengekalkan kesihatan anda secara keseluruhan termasuk kesihatan seksual, anda perlu memastikan bahawa anda membuat pemeriksaan fizikal sekurang-kurangnya sekali setahun.

8) MENGEKALKAN SIKAP YANG POSITIF
Kajian perubatan membuktikan bahawa lelaki yang mempunyai sikap yang positif dalam kehidupan mereka juga menikmati tahap kehidupan seks yang lebih tinggi.

Advertisement