11 Makanan Meningkatkan Kesuburan Lelaki


- 4 Dec 15
View 36,185 : Today 1

Bilangan sperma merupakan antara faktor terpenting dalam menentukan tahap kesuburan bagi seorang lelaki. Kajian menunjukkan lebih dari separuh masalah kesuburan dalam sesebuah pasangan berpunca dari bilangan sperma yang kurang dari tahap normal.

Advertisement

Menurut Organisasi Kesihatan Sedunia, bilangan sperma yang normal adalah sekurang-kurangnya 15 juta sperma per ml air mani.

Antara faktor lain selain bilangan sperma yang turut menyumbang kepada kesuburan lelaki adalah motility (Keupayaan sel untuk bergerak sendiri) dan morfologi (bentuk) sperma, serta isi padu, tahap kepekatan fructose, dan pH air mani.

 

Faktor penyumbang kekurangan bilangan sperma

Terdapat beberapa faktor yang boleh menyumbang kepada penurunan bilangan sperma seperti faktor luaran, gaya hidup, dan perubatan.

1. Pengambilan dadah seperti cocaine dan marijuana
2. Alkohol
3. Penggunaan computer riba di atas riba dalam jangka masa yang panjang
4. Duduk terlalu lama, seperti memandu dengan jarak jauh, atau berbasikal terlalu lama
5. Merokok
6. Tekanan
7. Obesiti
8. Faktor medikal seperti ‘varicocele’, keradangan pada buah zakar dan prostate, masalah ejakulasi, anti-sperm antibodi, tumor, ketidakseimbangan homon, gluten intolerance dan kesan sampingan beberapa jenis ubat.

Namun begitu, senaman dan pemakanan yang sihat boleh membantu anda untuk meningkatkan bilangan sperma.

Antara makanan yang boleh diamalkan untuk meningkatkan bilangan sperma

1. PISANG

pisang

Pisang sangat berkesan dalam meningkatkan bilangan sperma. Pisang mengandungi Bromelain, sejenis enzyme yang turut terdapat dalam buah nenas (terutamanya pada bahagian tengah buah). Bromelain adalah enzyme anti-inflamatory semula jadi yang boleh membantu meningkatkan pengeluaran testosterone (hormon seks lelaki). Buah pisang juga kaya dengan vitamin B1, A, dan C, yang penting dalam penghasilan sperma yang baik.

 

2. COKLAT (DARK CHOCOLATE)

coklat

Coklat sememangnya mempunyai pelbagai khasiat terhadap tubuh badan. Coklat mengandungi L- arginine, sejenis amino asid yang yang diperlukan oleh tubuh badan dalam penghasilan sperma. Coklat dapat meningkatkan bilangan sperma dan isi padu air mani.

Menurut satu kajian dari The University of Michigan Health System, pengambilan L-arginine sebagai suplemen tambahan dalam beberapa bulan dapat meningkatkan kuantiti dan kualiti sperma.

L-arginine juga boleh menyebabkan pengembangan salur darah (vasodilation), yang meningkatkan aliran darah pada alat sulit dan seterusnya membantu dalam proses ereksi.

 

3. BAWANG PUTIH

bawang

Bawang putih mengandungi oxide synthase (NOS) yang merupakan bahan yang memainkan peranan yang penting dalam ereksi. Bawang putih juga mengandungi selenium dan vitamin B6 yang penting dalam penghasilan sperma yang sihat.

 

4. BUAH DELIMA

delima

Buah delima mengandungi bahan anti oksida yang dapat melawan malondialdehyde (MDA), sejenis bahan kimia dalam salur darah yang boleh membunuh sel sperma. Malondialdehyde ini juga terdapat dalam air mani, yang menunjukkan sperma kurang berkualiti.

Kajian terbaru yang telah diterbitkan dalam International Journal of Medical Research and Health
Sciences (2013) telah membuktikan merokok boleh meningkatkan tahap MDA dalam air mani dan mengurangkan bilangan sperma.

Sebuah lagi kajian yang telah diterbitkan dalam Clinical Nutrition Journal menunjukkan pengambilan jus delima setiap hari boleh memusnahkan radikal bebas (free radical) dalam badan dan dapat meningkatkan kualiti sperma.

 

5. DAGING MERAH

daging

Daging mengandungi zat sepeti zink yang membantu menghalang radikal bebas (free radicals) dari menjadi sebahagian dari sperma, yang akan mengurangkan kualitinya. Zink juga membantu testosterone dari bertukar kepada estrogen yang akan mengakibatkan penurunan nafsu syahwat.

Menurut Mayo Clinic, pengambilan sebanyak 66mg zink setiap hari dapat meningkatkan bilangan sperma dalam lelaki yang separa subur (subfertile) dan 220 mg sehari dapat membantu mengurangkan masalah mati pucuk dalam kalangan lelaki.

 

6. KACANG WALNUT

walnut

Selain mengandungi arginine, kacang walnut juga mengandungi asid lemak omega-3 (Omega-3 fatty acids) yang dapat membantu meningkatkan aliran darah ke arah zakar. Selain itu, kacang walnut mengandungi anti oksida sebanyak dua kali ganda berbanding kacang-kacang yang lain.

 

7. BAYAM

bayam

Terdapat banyak kandungan folic acid dalam bayam yang boleh membantu meningkatkan kuantiti sperma. Bahan ini juga mampu membantu menghasilakan sperma yang sihat dah tinggi motilitinya.

 

8. SALAD BUAH

salad-buah

Buah-buahan seperti oren, strawberry dan ceri yang tinggi kandungan anti-oksidan sangat berkesan dalam meningkatkan bilangan sperma. Dengan pengambilan salad buah, kita dapat menyerap kesemua nutrien yang terdapat dalam buah-buahan tersebut sekaligus.

Dengan menjadikan buah-buahan sebagai sebagai makanan harian, ia boleh menghalang sperma dari dirosakkan oleh radikal bebas. Lelaki yang mengambil sehingga 1000mg Vitamin C setiap hari dapat meningkatkan motility sperma dan seterusnya dapat meningkatkan peluang berlakunya proses persenyawaan.

 

9. TELUR

telur-1

Telur dapat membantu meningkatkan bilangan sperma dan memperbaiki kesuburan. Telur kaya dengan kandungan vitamin E, di mana kekurangannya boleh menyebabkan berlakunya kemerosotan tisu buah zakar.

Kesan anti-oksidan vitamin E juga dapat menghalang kesan negatif radikal bebas terhadap sel sperma dan telur (ovum). Oleh yang demikian, Vitamin E ini dianggap antara nutrien yang terpenting untuk meningkatkan kesuburan.

 

10. AIR KOSONG

drink-water

Cara yang paling mudah untuk meningkatkan bilangan sperma adalah dengan minum air yang mencukupi setiap hari. Ia sangat penting bagi memastikan tubuh badan anda sentiasa terhidrat bagi meningkatkan fungsi sel-sel dalam badan, termasuklah sel sperma. Bilangan pengambilan air yang mencukupi adalah antara 8 hingga 10 gelas air kosong setiap hari.

 

11. SUPLEMEN HERBA

ali

Sejak zaman nenek moyang lagi, orang tua di Asia Tenggara telah lama mengamalkan minuman air rebusan akar kayu seperti Tongkat Ali dan Ubi Jaga. Herba ini telah diakui dapat meningkatkan kepekatan serta kesuburan sperma. Kandungan Flavanoid yang tinggi di dalam herba tersebut, terbukti dapat memekatkan dan menambah isipadu air mani lelaki. Kini, dengan teknologi makmal perubatan, herba ini sudah dijadikan ekstrak dalam bentuk kapsul, yang mana ia lebih berkesan dan kesannya lebih cepat.

carbon

M-Prolabs Alpha Capsule adalah suplemen herba terbaik untuk lelaki yang inginkan kesihatan seksual di tahap optimum. Diperbuat dari 3 herba terbaik, mempunyai kelulusan KKM & Halal JAKIM.

Untuk info penuh produk, sila KLIK DI SINI

Advertisement