7 Cara Mudah Untuk Menghilangkan Mulut Berbau

Mulut yang berbau memang boleh mendatangkan ketidakselesaan bagi orang sekeliling malah mulut berbau juga boleh membuat kita rasa hilang keyakinan diri. Faktor mulut berbau ini antaranya adalah perut kosong, tidak gosok gigi ataupun ada masalah dalaman tubuh badan seseorang itu.

Advertisement

Namun begitu, mulut berbau ini boleh dihilang dengan beberapa cara. Jom baca cara-cara untuk menghilangkan mulut berbau

 

7 CARA UNTUK MENGHILANGKAN BAU MULUT

1) Rempah Ratus

Antara rempah ratus untuk menghilangkan mulut berbau yang biasa digunakan adalah seperti kayu manis, cengkih atau daun mint. Mengunyah rempah untuk menghilangkan bau mulut adalah cara yang lebih baik daripada mengunyah gula gula mint. Tetapi rasanya agak kurang sedap berbanding gula-gula mint.

2) Baking Soda

Selain untuk menghilangkan jerawat , baking soda dapat digunakan untuk menghilangkan bau mulut. Caranya cukup menaburkannya di berus gigi, tambahkan sedikit air dan gosokkan ke gigi Anda. Akhiri dengan kumur- kumur hingga bersih

3) Air Garam

Kumur-kumur dengan campuran air dengan garam juga dapat menghilangkan mulut berbau dari dalam. Air garam juga dapat digunakan untuk mengatasi sakit tekak.

4) Lemon

Cara menggunakan lemon untuk menghilangkan mulut berbau adalah perah lemon tersebut bersama dengan air garam. Seterusnya, anda berkumur dengan air campuran tadi

5) Minyak TEA TREE

Caranya adalah dengan menambahkan 2 atau 3 titis tea tree oil ke berus gigi dan gosok pada gigi anda.

6) Rajin Gosok Gigi

Mengosok gigi juga dapat menghilangkan bau mulut. Hal ini kerana hilangnya sisa-sisa makanan yang busuk di celah-celah gigi

7) Makan Daun Sirih

Selain menguatkan gigi, orang yang makan daun sirih dan menjadikannya amalan seharian akan dapat terhindar daripada mulut berbau. Namun  orang yang memakan daun sirih ni gigi mereka akan menjadi merah dan sedikit kekuningan,

Advertisement