13 Cara Berkesan Untuk Berhenti Merokok

Merokok seperti diketahui umum, sangat membahayakan kesihatan. Jika anda seorang perokok tegar, lebih baik anda mencuba untuk berhenti dari tabiat buruk anda tersebut.

 

Berikut adalah beberapa cara terbaik untuk berhenti merokok dengan cepat.

 

1. KUATKAN NIAT TINGKATKAN AZAM

azam

Bagi seseorang yang sudah ketagih rokok, berhenti merokok memang akan terasa sangat sukar. Meskipun hanya 15 minit, pasti akan terasa sangat sukar. Tapi bukan bererti anda tidak dapat berhenti merokok, tidak ada yang tak mungkin di dunia ini. Langkah pertama yang harus anda lakukan jika berazam untuk berhenti merokok adalah dengan menguatkan niat dan tekad anda untuk berhenti merokok.

 

2. MINTA BANTUAN KAWAN DAN KELUARGA

kawan

Beritahu keinginan anda untuk berhenti merokok kepada keluarga dan kawan anda. Dapatkan dorongan dari keluarga dan kawan baik untuk berhenti merokok, minta mereka untuk selalu mengingatkan bahaya merokok untuk kesehatan tiap kali keinginan anda untuk merokok datang . Dan minta para keluarga dan kawan yang perokok untuk tidak merokok di depan anda atau meninggalkan rokok di depan anda. Ini boleh menjadi salah satu permulaan yang baik untuk berhenti merokok

 

3. ATUR TARGET WAKTU ANDA

target

Jika anda sudah memutuskan untuk berhenti merokok, pastikan ada target waktu untuk benar-benar dapat berhenti merokok. Anda tidak boleh terus berhenti begitu saja, kerana ianya sangat sukar . Anda sepatutnya mengurangkan rokok sedikit demi sedikit, namun anda juga diharuskan untuk menentukan waktunya. Pasang target waktu sekitar 3-4 minggu untuk betul-betul dapat berhenti merokok. Lama-kelamaan, anda tidak lagi rasa ketagih untuk merokok

 

4. ELAKKAN KEBIASAAN UNTUK MENDORONG RASA INGIN MEROKOK

rokok

Elakkan beberapa kebiasaan yang boleh membuat anda ingin merokok seperti minum kopi, alkohol, ataupun naik marah. Namun jika anda tidak mampu untuk menghindari itu semua, anda boleh cuba memakan buah-buahan dan juga susu.

 

5. SIBUKKAN DIRI DENGAN AKTIVITI

kebun

Mulakan hari pertama untuk berhenti merokok dengan cara menyibukkan diri anda dengan pelbagai aktiviti. Elakkan diri anda berada dalam keadaan kesunyian kerana ia akan mendorong untuk merokok. Lakukan aktiviti seperti bersukan, berenang, berkebun, bercucuk tanam, mengemas rumah ataupun apa-apa aktiviti yang dirasakan sesuai untuk melupakan rokok. Apabila anda sibuk, semestinya anda akan lupa untuk merokok

 

6. SIBUKKAN DIRI SELEPAS MAKAN

gosok gigi

Kebanyakan perokok akan rasa ketagih untuk merokok selepas makan. Untuk elakkan masalah ketagihan rokok selepas makan, cuba menyibukkan diri seperti menggosok gigi atau berjalan-jalan. Walaupun agak berat untuk dielakkan, lama-kelamaan anda pasti dapat melakukannya

 

7. MINUM AIR MASAK DENGAN BANYAK

drink water

Amalan meminum air masak dengan banyak dapat membantu membuang racun dan toksin rokok dari badan anda dengan cepat. Selain itu juga, air masak sememangnya sangat penting untuk tubuh manusia, di mana kita harus meminum sekurang-kurangnya 8 gelas air masak sehari

 

8. HINDARI TEMPAT ADA ASAP ROKOK

asap rokok

Elakkan diri berada di tempat orang merokok kerana bau asap rokok juga akan menyebabkan anda rasa ingin merokok. Bagitahu kawan dan ahli keluarga yang merokok supaya tidak merokok di depan anda

 

9. MENGGUNAKAN ALTERNATIF NIKOTIN

nikotin

Sekarang ini di farmasi atau klinik, anda boleh dapatkan ubat tablet yang mengandungi nikotin seperti Niquitin untuk membantu menghilangkan ketagihan tanpa perlu menghisap rokok. Selain tablet, terdapat juga jenis tampal iaitu Nicotine Patch di mana patch tersebut yang mengandungi nikotin perlu ditampal di lengan, dan kemudian tubuh kita akan menyerap nikotin tersebut melalui kulit. Lama-kelamaan, ketagihan untuk merokok dapat dihilangkan

 

10. BANYAKKAN TIDUR & BEREHAT

tidur

Setelah seharian berusaha menahan ketagihan merokok, tubuh anda pasti akan terasa letih. Jadi, alangkah baiknya jika menambah waktu berehat anda. Selain itu, dengan cara tidur, anda tidak akan berfikir lagi untuk merokok

11. TETAP BERFIKIR POSITIF

positif

Jika anda berniat untuk berhenti merokok, maka jangan anggap itu sebagai pengorbanan. Anda harus anggap ia sebagai langkah untuk hidup secara sihat, tidak ingin membazir duit dan ingin buang tabiat yang sia-sia

Baca juga : Kesan Rokok Kepada Zakar

BERHENTI MEROKOK DARI SEKARANG…

Anda sudah membaca tips bagaimana untuk berhenti merokok di atas, anda sudah punya keinginan untuk berhenti merokok.

Jadi, mulakan sekarang juga niat anda itu

Yakinlah bahwa berhenti merokok adalah keputusan yang tepat dan akan lebih bermanfaat bagi anda.

baca juga: Anda Sudah Berkahwin? Artikel Ini Mungkin Menarik Untuk Anda!