Anda Selalu Stress? Rilekslah Dengan 6 Teknik Bernafas Ini

Tekanan di rumah dan tempat kerja, orang sekeliling dan kurang tidur antara faktor utama kenapa anda kerap stress. Kadang-kadang rasa mcam nak panjat bukit dan jerit sepuas-puasnya untuk lepaskan stress!

Rilekslah. Setiap masalah pasti ada penyelesaian. Begitu juga dengan stress, terdapat banyak cara untuk tenangkan tekanan perasaan anda itu. Antaranya adalah dengan bernafas. Betulkah?

Betul. Modalnya hanya hidung, saluran pernafasan dan sepasang paru-paru yang telah diberi percuma kepada kita. Cara bernafas yang betul dapat menurunkan tekanan darah, seterusnya menggalakkan rasa tenang dan mengurangkan tekanan anda.

Anda boleh amalkan cara bernafas ini di mana-mana sahaja tak kira tempat.

 

Mari sama-sama kita lihat langkah-langkahnya

1. Sama Vritti atau Equal Breathing

Ini adalah salah satu teknik dalam pernafasan yoga. Ia Menenangkan sistem saraf, meningkatkan tumpuan dan mengurangkan tekanan serta mujarab untuk orang yang sukar tidur.

Bagaimana caranya? Tidak kisah samaada anda sedang berdiri, baring atau duduk, tarik nafas perlahan-lahan melalui hidung dalam kiraan 6 kemudian hembus juga dalam kiraan 6. Mudahkan? Kiraan anda boleh ubah mengikut kemampuan anda. Lakukan selama 10 minit.

pranayamabreathing-56aa424f3df78cf772aeec1d

2. Abdominal Breathing Technique

Dalam bahasa Melayunya ialah teknik pernafasan melalui otot perut. Pakar pernafasan, Dr McConnell mengakui langkah bernafas ini mampu mengurang risiko sakit jantung dan tekanan darah meningkat.

Susah tak? senang sahaja caranya. Anda hanya perlu letakkan salah satu tangan ke bahagian dada dan tarik nafas dalam-dalam sehingga bahagian diafragma mengembang dengan udara. Tahan dalam kiraan 6 kemudian hembus. Lakukan selama 10 minit.

3. Progressive Relaxation

Cara ini lebih kepada merehatkan seluruh tubuh badan anda daripada stress dan ketegangan. Anda perlu duduk dan bertenang sahaja.

Bagaimana? Duduk dan cuba regangkan otot bahagian muka, tangan, bahu dan kaki dengan menggoyang-goyangkannya ke kiri, kanan, atas dan bawah. Sambil anda menggoyangkan otot-otot anda, cuba tarik nafas sedalam-dalamnya dan tahan dalam kiraan 5, kemudian hembus melalui mulut. Lakukan selama 10 minit.

4. Nadi Shodhana atau Alternate Nostril Breathing

Ini antara salah satu aktiviti wajib dalam yoga. Cara bernafas ini dikatakan dapat memberikan ketenangan dan menyatukan di antara otak kanan dan kiri.

Macam mana nak buat? Dalam postur sedang bermeditasi, letakkan ibu jari tangan kanan di lubang hidung sebelah kanan dan tarik nafas melalui lubang hidung sebelah kiri. Ketika sampai kemuncak bernafas, letakkan jari manis tangan kanan di lubang hidung kiri kemudian lepaskan dan hembus nafas anda. Ulang semula dengan tangan yang lain. Agak pelik, tapi menjadi!

anulom-vilom-steps

5. Guided Visualization

Cara bernafas yang paling mudah tetapi memerlukan fokus yang tinggi. Pakar Psikologi Dr. Ellen Langer menjelaskan ianya satu cara untuk mencapai kesedaran dalam diri dengan meletakkan kita di tempat kita mahu, bukan bisikan hati yang menambahkan tekanan kita.

Bagaimana? Cuba cari sesuatu yang anda boleh fokus dan bayangkan seperti gambar atau objek yang anda suka dan tarik nafas. Keluarkan gambaran -gambaran positif daripada objek atau gambar tersebut dan buangkan gambaran-gambaran negatif. Ianya tidak akan menjadi kalau anda tak fokus. Jadi, fokus!

6. Kapalabhati atau Skull Shining Breath

Bersedia untuk menerangi hari anda luar dan dalam? Lakukan teknik pernafasan ini. Menurut jurulatih yoga, Pacheco, teknik ini dapat memanaskan badan anda dan membangunkan otak.

Macam mana tu? Tarik nafas bermula dengan perlahan-lahan kemudian laju sehingga anda otot perut seakan membesar kemudian hembuskan dalam keadaan perut mengempis. Langkah kedua, tarik nafas satu persatu dengan setiap tarikan dalam kiraan 2 dan sekurang-kurangnnya 10 kali tarikan bernafas kemudian hembuskan. Jika anda mengalami asma atau lelah, buat dalam kuantiti yang sedikit.

Kapalbhati-tecnique-yoga

Yang penting, lakukana teknik-teknik ini dengan penuh fokus!

 

 

Credit: greatist.com