Ketahui Perasaan Seseorang Kepada Anda Melalui 6 Gaya Pelukan Ini

Memeluk seseorang merupakan salah satu cara bahkan yang paling berkesan untuk menunjukkan kasih sayang kepada seseorang yang disayangi. Ia merupakan fitrah manusia yang dipeluk oleh Ibu bapa semenjak lahir lagi.

Dengan pelukan juga dapat mengeratkan hubungan di antara satu sama lain selain menimbulkan rasa bahagia dan membuatkan anda lebih sihat. Yalah, bila hati dah bahagia, kesihatan pun akan terjagakan?

Tetapi yang perlu anda tahu, setiap cara pelukan itu mempunyai maksud yang tersendiri dari si pemeluk. Jom! kita lihat apa maksud yang tersirat disebaliknya:

1. Mengekalkan hubungan mata ketika berpelukan

hugging

Jika pasangan anda melihata mata anda ketika berpelukan, percayalah hubungan antara anda berdua terlalu kuat dan erat. Renungan tersebut bukan renungan biasa-biasa, tapi mendalam terus ke jiwa. Cinta yang ditawarkan adalah cinta yang mendalam dengan pertalian yang sangat erat.

 

3. Berpelukan tapi badan dijarakkan

Jika anda dapati pasangan anda memeluk anda seperti ini, ketahui sudah ada tembok di antara anda berdua. Berkemungkinan pasangan anda sedang marah kepada anda atau mungkin pasangan anda telah menemukan jiwa lain untuk dipeluk erat. Kalau ya, anda dah boleh move on!

4. Menggosok belakang badan ketika berpelukan

77c406eaeef377c6388278e178fec1e9.600x

Ini adalah pelukan untuk menunjukkan keyakinan kepada seseorang bahawa dia boleh bergantung kepada anda dan anda akan sentiasa ada dengan mereka tidak kira apa pun berlakuk. Biasanya berlaku antara dua sahabat. Tapi kalau yang menggosok itu adalah berlainan jantina, sila berhati-hati! Mungkin ada udang di sebalik mee.

5. Menepuk di belakang badan ketika berpelukan

JIka badan anda ditepuk ketika berpelukan, itu menandakan bahawa orang yang sedang memeluk anda itu sedang menunjukkan keakraban dalam persahabatan di antara anda dan dia. Ini juga menunjukkan bahawa dia tidak menawarkan sebarang cinta kepada anda, hanya kawan semata-mata. Bak kata mat saleh, “friend zone”.

6. Meletakkan tangan di sekitar bahu ketika berpelukan

2AGHOVR14IXKBBYFLC5C2A62MOQ878_14

Gaya berpelukan seperti ini selalu ada dalam drama Korea. Pelukan jenis ini adalah bersifat menenangkan tanpa ada sebarang perasan romantis. Ini mungkin rakan anda nak meluahkan masalah mereka melalui pelukan dan menunjukkan bahawa andalah kawan baiknya.

 

Credit: awesomema.com