7 Perangai Si Ayah Yang Akan Menjadi Ikutan Anak


- 11 Jul 16
View 2,317 : Today 1

Perasankah anda, perangai ibu atau bapa sering dikaitkan dengan perangai anak. Mana tidaknya, sepanjang kita menjadi ibu atau bapa, setiap pergerakan kita diperhatikan oleh mata-mata kecil. Sebab itulah, secara automatiknya, kita juga akan berkelakuan lebih ‘elok’ di hadapan anak-anak.

1. Cara Anda Melayan Ibunya

Advertisement

bosan-dengan-pasangan-1024x681

Biasanya ibu adalah insan yang paling rapat dengan anak.

Oleh itu, jika anda berlemah lembut, memberi semangat, penyayang, memanggil dengan panggilan hormat, anak-anak akan lebih menghargai ibu mereka.

Tetapi, jika anda sering memperkecilkan kebolehan isteri, bersikap kasar, dan selalu bercakap tanpa memikirkan perasaannya, perangai anak akan lebih cenderung ke arah yang sama.

 

2. Cara Anda Menguruskan Kewangan

kesalahan-mendidik-anak-1

Mungkin anak kecil kurang memahami jika anda sering dibebani hutang. Namun, mereka dapat mengenalpasti cara anda berbelanja bermewah-mewahan.

Ini akan mengakibatkan mereka kurang memahami nilai wang hingga dikelilingi hutang keliling pinggang apabila dewasa.

Sebaliknya, apabila anda cermat, sentiasa membuat perancangan, dan membuat simpanan, anak-anak semestinya akan lebih berhati-hati dalam meminta sesuatu. Malah, mereka akan lebih bijak menguruskan kewangan sendiri.

 

3. Cara Anda Bercakap Dengan Orang Lain

ART_9604_resize

Tidak kiralah di mana atau dengan siapa anda berada, percayalah anak-anak ini sering memerhati.

Sekiranya anda bersikap buruk terhadap pelayan restoran atau penjaga kaunter di tandas awam, mereka juga akan meniru cara anda menghina mereka.

Apabila anda memberi senyuman ikhlas dan beradab terhadap orang sekeliling, perangai anak turut akan terkesan. Malah, mereka belajar untuk lebih bijak dalam menghormati dan pandai bersimpati.

 

4. Cara Anda Mengikut Undang-undang

perangai-anak-1-1024x682

Kadangkala kita tidak menyedari bagaimana kita mencarut atau memaki hamun pemandu lain di jalan raya. Ada juga yang memperlekehkan polis yang sedang membuat ‘roadblock’ di tepi jalan.

Ini semua akan memberi impak kepada anak-anak.

Tetapi, kadangkala jika anda tidak sengaja, pastikan anda tidak lupa untuk menerangkan kepada mereka supaya tidak mencontohi sikap ini.

 

5. Cara Anda Mengotakan Janji

kesalahan-mendidik-anak-2-1024x683

“Ok lah, nanti kita beli mainan ini lain kali.” “Baiklah, nanti kita pergi taman kalau dah siap kerja sekolah .”

Tapi, sampai ke sudah kita tak tunaikan janji.

Integriti sangat penting kerana anak kecil perlu mempercayai ibu bapanya sebelum mempercayai orang lain.

Oleh itu, jangan berjanji jika ianya berat untuk dikotakan. Walaupun anak-anak masih kecil, mereka tahu bila anda menipu.

 

6. Cara Anda Menjaga Penampilan

perangai-anak-bapa

Kita perlu menjaga aurat di hadapan anak-anak. Tidak kiralah lelaki atau perempuan, mereka akan terikut-ikut dengan kebiasaan anda menanggalkan pakaian, berseluar pendek, atau memakai pakaian selekeh semasa di rumah.

Jika anda sering menyajikan mereka dengan ‘junk food’ atau ‘fast food’, mereka akan ketagih dengannya sejak kecil.

Sebaliknya, jika mereka dibiasakan dengan masakan sihat di rumah, tentulah mereka akan terbiasa dengannya.

Jika anda rajin bersenam, mereka akan bergembira dan bersemangat apabila melakukan aktiviti luar. Tetapi jika anda malas dan lebih suka menonton televisyen, jangan marahkan mereka jika mereka suka menonton kartun!

 

7. Cara Anda Menolong Orang Lain

perangai-anak-4

Jika anda tidak pernah menyuburkan harta anda dengan bersedekah atau menderma, tentulah anak-anak akan berasa asing untuk melakukannya.

Tetapi, apabila anda rajin bersedekah atau membuat kerja-kerja amal, bawalah anak-anak sekali supaya mereka tahu erti kesusahan.

Paling mudah yang anda boleh lakukan adalah mengajak anak mengisi duit dalam tabung masjid atau mereka yang meminta sedekah di tepi jalan. Jadikan ianya tabiat setiap kali keluar rumah.

 

Perangai Anak Cerminan Diri Kita

Jika anda hayati, sebenarnya anak-anak ini lebih terkesan dengan perbuatan kita berbanding nasihat yang diberikan kepada mereka dalam bentuk lisan.

Ramai daripada kita yang tak perasan bahawa kita kadangkala menghukum anak-anak atas kesalahan yang kita sendiri lakukan, sama ada secara jelas atau sembunyi.

Oleh itu, muhasabahlah diri dan cuba perbaiki diri dalam proses membesarkan anak-anak. Mereka sentiasa memerhatikan kita!

 

@SirapLimau

Advertisement