11 Tips Penjagaan Kulit Dan Wajah Untuk Lelaki

Penjagaan kulit merupakan salah satu elemen penting untuk kaum lelaki. Hal ini sering dikaitkan dengan kebersihan dan kesihatan seseorang lelaki itu. Berikut merupakan tips penjagaan kulit dan wajah untuk kaum lelaki

1) Pastikan Kulit Anda bersih

best-face-wash-for-men

Untuk membantu anda mendapatkan kulit wajah yang bersih, anda harus mencuci muka anda pada waktu malam untuk menghilangkan minyak yang berlebihan dan habuk. Ini akan membantu anda dengan mendapatkan wajah yang bersih terutamanya seamsa bercukur dan mengelakkan luka.

 

2) Skrub Muka 

face_scrub_tips

Skrub wajah merupakan cara terbaik untuk mencapai kulit yang berseri. Proses ini menghilangkan sel-sel kulit mati. Kalau kita lihat, struktur kulit wajah lelaki agak kasar berbanding wanita kerana mereka tidak pernah skrub wajah atau badan. Terdapat banyak produk skrub khas untuk lelaki tau. Cari je!

 

3) Pelembap

Tips-Perawatan-Muka-Untuk-Pria-Agar-Ganteng

Adalah penting untuk melembapkan kulit anda, tetapi pelembap yang berlebihan boleh membawa kepada masalah-masalah kulit, disebabkan oleh liang pori yang tersumbat. Cuba menggunakan pelembap ringan selepas mencukur dan sebelum tidur. Ini membantu untuk mengelakkan kerengsaan kulit dan kulit kering serta menggelupas. Kalau tidak mahu pakai pelembap yang macam perempuan tu, cuba pakai pelembap Johnson & Johnson yang sesuai untuk seluruh badan.

 

4) Jerawat

istock_000022339352small (1)

Elakkan produk yang boleh mengakibatkan jerawat, mengikuti diet yang seimbang untuk mengurangkan keradangan kulit, mengunyah makanan anda dengan betul dan mengelakkan makanan yang berminyak, berempah dan pedas. Juga, minum banyak air.

 

5) Kulit Kering

man-facial.jpg.image_.784.410

Kulit kering boleh disebabkan oleh perubahan persekitaran, umur, genetik dan suhu. Minum air, menggunakan pelembapadalah langkah-langkah asas untuk melawan kulit kering. Jika kulit anda kering hingga bersisik, anda harus guna pelembap yang lebih kepada pelembap berubat yang boleh didapati di farmasi.

 

6) Kulit Berminyak

maxresdefault (7)

Perubahan hormon, tekanan, alam sekitar dan genetik adalah sebab untuk kulit berminyak. Basuh muka anda dengan pembersih kulit yang lembut, elakkan makanan berminyak, elakkan daripada menggunakan sabun yang kuat terutama pada muka dan minum air yang banyak.

 

7)Blackheads

PORES (1)

Bintik hitam adalah pelopor kepada jerawat kerana ia mengumpul bakteria, sel-sel mati dan minyak. Bintik hitam adalah dicetuskan oleh hormon dan muncul di hidung, dahi dan tulang pipi. Bersihkan kulit dengan kerap dan mengelakkan menghabiskan terlalu banyak masa di bawah sinar matahari. Menggunakan nose strip for blackheads juga bagus untuk menghilangkan bintik hitam.

 

8) Liang Pori 

hqdefault

Lubang dilihat pada kulit dan di sekitar hidung yang dikenali sebagai liang pori terbuka. Adalah penting untuk mengekalkan kebersihan pada kulit untuk mencegah jerawat dan jangkitan kulit. Banyakkan minum air dan kalau rajin sikit, gunakan toner kerana ia membantu mengecilkan liang pori wajah.

 

9) Kedut

Daily Anti-Aging Care For Men

Lelaki juga boleh mendapatkan kulit yang sempurna dan menghilangkan kedutan. Kedutan adalah paling jelas di dahi, sudut mata dan mulut. Lebih terdedah kepada matahari menyebabkan kedutan, tetapi cukup tidur dengan postur yang betul, mencuci muka baik, diet yang kaya dengan antioksida dan Omega-3 boleh mengurangkan  kedutan.

 

10) Tips Bercukur

859d43d34a9bbb67aaf0f258a89e365bd76572f9

Adalah penting untuk mencukur arah pertumbuhan rambut kerana dapat mengurangkan gatal-gatal, radang kulit selepas bercukur.

 

11) Pilih Alat Pencukur Yang Betul

getty-shaving-e1440441752340

Untuk mengelakkan kerengsaan kulit, jangan pakai pencukur yang memberi tekanan pada kulit semasa mencukur. Adalah penting untuk menukar pencukur dengan kerap, untuk mengelakkan pertumbuhan bakteria.