Sexually Transmitted Disease : Chlamydia (Bahagian 1)

Chlamydia merupakan sejenis penyakit kelamin yang paling biasa berlaku. Ia disebabkan oleh jangkitan bakteria Chlamydia Trachomatis, iaitu sejenis bakteria yang mampu merosakkan organ peranakan wanita.

Walaupun simtom penyakit Chlamydia ini lazimnya sederhana dan tidak ketara bagi kebanyakan yang dijangkiti, penyakit ini berpotensi untuk memberi komplikasi serius terhadap kerosakan kekal pada organ peranakan wanita dan seterusnya boleh mengakibatkan kemandulan.

 

Adakah Chlamydia Adalah Penyakit Yang Biasa Dijangkiti?

chlamydia-symptoms-in-men

Chlamydia adalah penyakit kelamin yang paling kerap sekali dilaporkan. Kebanyakan pesakit tidak mengetahui mereka telah dijangkiti dan tidak pernah melakukan apa-apa ujian untuk mengesan kehadiran Chlamydia ini. Ini kerana Chlamydia dikenali sebagai penyakit yang menyerang secara “senyap” (silent desease).

Mereka yang telah mendapat rawatan Chlamydia selalunya akan dijangkiti semula penyakit ini sekiranya pasangan seks mereka tidak mendapatkan rawatan.

 

Bagaimana Seseorang Itu Boleh Dijangkiti?

slide_2

Chlamydia boleh dipindahkan melalui hubungan hubungan seks menerusi faraj, dubur ataupun mulut. Ia juga boleh dipindahkan dari ibu kepada bayi semasa proses kelahiran. Chlamydia boleh menjangkiti sesiapa sahaja sama ada wanita atau lelaki yang aktif secara seksual. Semakin ramai pasangan seks seseorang itu, semakin tinggi risikonya untuk dijangkiti penyakit kelamin.

 

Apakah Tanda-Tanda dan Simtom Chlamydia?

slide_20

Chlamydia dikenali sebagai penyakit yang menyerang secara “senyap”. Ini kerana kira-kira 75% daripada wanita yang dijangkiti dan 50% daripada lelaki yang dijangkiti tidak menunjukkan apa-apa tanda atau simtom. Bagi mereka yang mengalami simtom pula, simtom Chlamydia akan mula kelihatan selepas kira-kira 1 hingga 3 minggu terdedah kepada bakteria tersebut.

Bagi wanita, bakteria akan menyerang pangkal rahim (cervix) dan saluran kencing (urethra). Wanita yang mempunyai simtom akan mengalami keputihan atau lendiran yang luar biasa atau merasa perit/sakit ketika kencing (seperti sakit akibat kencing tidak lawas).

 

signs and symptoms of chlamydia in men

Sesetengah wanita tidak menunjukkan apa-apa simtom walaupun bakteria telah merebak dari pangkal rahim ke tiub Fallopio (saluran yang membawa telur dari ovari (kilang telur) ke rahim untuk disenyawakan).

Sesetengah wanita pula mengalami sakit perut dibahagian bawah, sakit belakang dibahagian bawah, mual, demam, sakit semasa melakukan hubungan kelamin, atau pendarahan di antara kitaran haid.

Bagi lelaki yang mempunyai tanda dijangkiti, simtom jangkitan penyakit ini termasuk keluar cecair/lendiran dari zakar, atau merasa sakit ketika kencing. Sesetengah lelaki akan merasa perit dan gatal di kawasan lubang kencing. Ada juga lelaki yang mengalami bengkak dan sakit di kawasan buah zakar.

 

Scheme

Bagi lelaki atau wanita yang melakukan hubungan seks menerusi lubang dubur, jangkitan Chlamydia boleh berlaku di saluran najis (rektum), yang mengakibatkan kesakitan di saluran tersebut, pendarahan atau lendiran.

Chlamydia turut menyerang kerongkong / saluran tekak wanita atau lelaki yang melakukan hubungan seks menerusi mulut (oral sex) kepada pasangan yang dijangkiti.

 

Apakah Komplikasi Yang Diakibatkan Oleh Chlamydia?

slide_69

Tanpa rawatan jangkitan Chlamydia boleh mengakibatkan komplikasi serius kepada organ peranakan. Ianya juga turut menimbulkan masalah kesihatan yang lain sama ada dalam jangkamasa panjang atau pendek. Oleh kerana penyakit Chlamydia dikenali sebagai penyakit yang menyerang secara “senyap”, kerosakan dan komplikasi juga akan berlaku secara “senyap” dan kebiasaannya komplikasi hanya akan disedari apabila kerosakan teruk telah berlaku.

Bagi wanita, tanpa rawatan jangkitan akan tersebar ke dalam rahim (uterus) atau tiub fallopio dan mengakibatkan Radang Pelvis (pelvic inflammatory disease atau PID).

PID boleh mengakibatkan kerosakan kekal pada tiub fallopio, rahim (uterus) dan tisu-tisu di sekelilingnya.

 

Sambungan : Sexually Transmitted Disease : Chlamydia (Bahagian 2)