9 Mitos Dan Fakta Penting Mengenai Penyakit HIV / Aids


- 21 Jul 16
View 3,053 : Today 1

HIV adalah singkatan dari Human Immunodeficiency Virus. Virus ini menyerang sistem kekebalan tubuh. Virus ini melemahkan kemampuan tubuh dalam melawan infeksi dan penyakit.

Advertisement

Bila sistem kekebalan tubuh kita sudah rosak atau lemah, maka kita akan mudah diserang oleh pelbagai jenis penyakit yang ada di sekitar kita seperti TBC ,sakit kulit,dll.

Keadaan ini dipanggil AIDS,yaitu :

A =Acquired (didapat)
I =Immune (kekebalan tubuh)
D =Deficiency (kekurangan)
S =Syndrome (gejala)

HIV / AIDS yang sehingga kini masih belum ditemui penyembuhnya merupakan sebuah penyakit yang sangat ditakuti oleh masyarakat. Tetapi banyak mitos tidak benar yang selalu kita dengar sehingga boleh menyebabkan ketakutan, putus asa, dan bahkan membahayakan kesihatan.

 

Berikut ini adalah beberapa mitos tidak benar yang selalu kita dengar mengenai HIV / AIDS:

1. HIV Dapat Menular Melalui Hubungan Biasa ( Tidak bersetubuh )

How-do-I-get-HIV-

FAKTA: HIV hanya boleh dijangkiti melalui hubungan dengan darah atau cecair tubuh yang lain (sperma, dan cecair vagina), dan bukan melalui kenalan biasa. Memeluk, mencium, berkongsi peralatan makan, menggunakan tandas yang sama, atau batuk tidak akan menyebabkan penularan virus HIV. HIV hanya boleh berjangkit melalui beberapa cara yang berikut:

  • Berkongsi jarum suntikan
  • Keturunan
  • Seks bebas
  • Menerima penderma darah yang dijangkiti HIV

 

2. Seks Oral Tidak Boleh Menyebabkan HIV

HIV-myth

FAKTA: Walaupun kesempatannya lebih kecil, anda tetap boleh terkena HIV / AIDS dengan melakukan seks oral dengan lelaki atau wanita.

Cecair sperma atau vagina boleh membawa penyakit, terutama jika ada kelukaan pada alat kelamin atau mulut, atau pendarahan yang signifikan pada gusi. Oleh kerana itu, penghalang lateks ( kondom ) diperlukan semasa seks oral atau vagina.

 

3. HIV Adalah Penyakit Homoseksual

1in5HIV

FAKTA: HIV adalah virus yang boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa memandang orientasi seksual. Dari bayi, remaja, orang dewasa, perempuan, laki-laki, dan orang dengan bangsa dan etnik apapun memiliki kesempatan yang sama untuk dijangkiti virus tersebut.

Di seluruh dunia,penyebar virus HIV kebanyakan melalui hubungan heteroseksual.

 

4. Hanya Orang Tua Terkena HIV

Treatment-as-Prevent

FAKTA: Survey pada tahun 2007 menyatakan bahawa lebih daripada 700 orang muda berusia 15-24 tahun didiagnosis jangkitan HIV, dan 11% dari seluruh diagnosis HIV baru,golongan muda dan homoseksual paling berisiko dijangkiti HIV.

 

5.  Nyamuk dapat merebakkan HIV

_79427583_c0200994-hiv,_artwork-spl

FAKTA: Nyamuk TIDAK menularkan darah orang lain yang ia hisap. Nyamuk hanya menyuntik air liur kepada mangsa mereka, yang boleh membawa penyakit seperti demam berdarah dan malaria. HIV / AIDS tidak terkena pada serangga. Virus ini tidak dapat bertahan hidup pada nyamuk untuk dihantar melalui air liur.

 

6. Wanita Pengidap HIV Tidak Boleh Mempunyai Anak

icon-content5

FAKTA: Wanita yang dijangkiti HIV masih subur dan risiko penularan HIV kepada janin yang belum lahir adalah 15 hingga 30 peratus. Namun, saat ini dengan terapi antiretroviral, level penularan HIV dari ibu yang dijangkiti kepada janinnya boleh menurun sehingga 2 hingga 3 peratus.

 

7. Pengidap HIV Positif  akan nampak sakit

facts_bottom_inf

FAKTA: Seseorang boleh dijangkiti HIV / AIDS selama lebih dari 10 tahun tanpa adanya tanda atau gejala yang nampak. Orang yang terkena HIV boleh kelihatan sihat selama bertahun-tahun, dan mampu bekerja seperti biasa tanpa adanya tanda-tanda penyakit.

Walaupun seseorang nampak sihat, belum tentu ia bebas daripada status HIV / AIDS.

 

8.  Penggunaan kondom boleh mencegah HIV

dating-marriage-3

FAKTA: Kondom lateks memang berperanan penting dalam pencegahan penularan virus HIV. Penggunaan kondom secara tepat dan terus menerus untuk aktiviti seksual adalah sebuah perlindungan yang baik. Namun, bukan bererti kondom akan 100% melindungi anda.

Anda belum boleh merasa yakin bahawa kondom akan sepenuhnya membebaskan anda dari penyakit tersebut. Tetapi hingga saat ini, kondom masih merupakan cara perlindungan yang berkesan.

 

9. Penghidap HIV menghadapi hukuman mati

life_on_treatment

FAKTA: Semua orang akan mati. Ya. Akan tetapi mitos ini adalah mitos yang paling dipercayai oleh kebanyakan orang. Walaupun belum ada ubat untuk HIV, bukan bererti HIV adalah hukuman mati. Saat ini, para pesakit yang positif HIV boleh memiliki harapan hidup normal dan sihat.

 

Masyarakat  perlu tahun mengenai  mitos dan fakta sebenar tentang HIV / AIDS. Untuk itu, masyarakat diarahkan untuk selalu melakukan aktiviti seksual selamat dan melindungi diri mereka sendiri.

 

@via wanista.com

Advertisement