Apakah Itu Penyakit Gusi?

Penyakit gusi ialah jangkitan bakteria kronik yang melibatkan gusi dan tulang yang menyokong gigi. Penyakit gusi boleh melibatkan sebatang gigi atau lebih. Penyakit gusi disebabkan oleh bakteria di dalam plaque (selaput gigi yang melekit dan tidak berwarna).

Advertisement

Jika tidak dibersihkan menggunakan berus gigi dan flos setiap hari, plaque boleh bertamba dan menjadi keras untuk membentuk tartar. Bakteria ini juga akan menjangkiti tisu gusi dan tulang yang menyokong gigi.

gum_disease_illustration

Jika proses ini berterusan, gigi akan menjadi semakin longgar. Poket gusi iaitu sesuatu ruang akan terbentuk di antara gigi dan gusi. Keadaan ini akan membenarkan lebih banyak bakteria berkumpul.

Siapa Yang Berisiko?

Periodontal-disease

Penyakit gusi boleh memberi kesan kepada mana mana kumpulan umur, terutamanya :-

  • Merokok atau mengunyah tembakau
  • Penyakit seperti kencing manis
  • Gigi serong dan tidak teratur
  • Tampalan gigi yang telah rosak
  • Kehamilan atau penggunaan pil pencegahan hamil

 

Tanda-Tanda Penyakit Gusi

periodontal-disease-aventura

  • Gusi merah, bengkak dan lembut
  • Gusi berdarah sewaktu memberus gigi
  • Gusi menyusut dari gigi
  • Nafas berbau ata rasa yang tidak menyenangkan di dalam mulut
  • Wujud ruang di antara gigi
  • Gigi longgar

Bagaimanakah Cara Merawat Penyakit Gusi?

periodontal-disease-preventing

  • Peringkat awal penyakit gusi boleh dirawat dengan members gigi dan floss dengan betul setiap hari.
  • Penjagaan kesihatan gigi yang baik akan mencegah pembetukan plaque.
  • Pembersihan secara professional oleh doktor gigi adalah satu satu nya cara untuk menanggalkan plaque yang telah mengeras menjadi tartar.
  • Jika keadaan menjadi teruk, prosedur membersihkan akar gigi boleh dibuat. Akar gigi yang bersih dan rata dapat mengelakkan plaque dari melekat pada permukaan.
  • Jika keadaan anda lebih kronik, dapatkan rawatan lanjut dari pakar pergigian anda.

 

Apakah Yang Anda Boleh Lakukan Supaya Gusi Sentiasa Sihat?

Gum-Disease-Treatment-Jackson-MS

Masalah gusi boleh diatasi melalui amalan rutin penjagaan mulut secara menyeluruh. Berikut adalah beberapa langkah berguna sebagai panduan :-

  1. Berus gigi tiga kali sehari dengan ubat gigi yang memberikan perlindungan antibakteria.
  2. Bersihkan ruang di celah gigi dengan menggunakan floss gigi.
  3. Jauhi amalan merokok dan alkohol.
  4. Amalkan pemakanan yang seimbang.
  5. Melawat doktor gigi sekerap yang mungkin.

 

 

Advertisement