5 Aktiviti Feminin Yang Kerap Lelaki Buat Ketika Masa Lapang

Jika anda bertanya kepada para wanita di luar sana mengenai jenis lelaki yang menjadi idaman mereka, mereka boleh senaraikan pada anda apakah kriteria yang diingini oleh mereka yang perlu ada pada lelaki idaman mereka.

Biarpun ada di dalam senarai tersebut ada pelbagai kriteria berlainan yang pada pandangan mereka yang membuatkan lelaki itu benar-benar menonjol pada mereka, namun ada satu ciri yang kerap ada di dalam senarai tersebut.

Ramai wanita inginkan lelaki sejati. Lelaki yang berkebolehan untuk melindungi mereka dan memberikan mereka rasa yang selamat bila berada bersama-sama.

Malah wanita juga turut menginginkan lelaki yang boleh seimbangkan ‘macho’ mereka dan turut mempunyai sifat yang sensitif. Kalau tiada boleh dianggap lelaki yang tidak berperasaan pula.

Berikut adalah beberapa aktiviti yang boleh dianggap agak feminin untuk dilakukan oleh lelaki di luar sana.

lelaki memasak

1. Berdandan Dan Berhias

Tidak ada salahnya jika seorang lelaki ingin menjaga penampilan diri mereka dengan berdandan seperti bercukur untuk membuang jambang yang berselerak dan rambut yang tidak kemas.

Tiada wanita yang suka pada lelaki yang memiliki kuku yang panjang dan kaki seperti tidak pernah diuruskan selama berbulan-bulan. Namun perlulah ada garis panduan jangan pula sampai perlu mencabut bulu kening dan bercukur sehingga licin satu badan. Nampak terlalu feminin nanti bukan?

2. Memasak

Ramai lelaki zaman moden ini sudah mula menjinakkan diri dengan dunia masakan. Malah ramai juga yang semakin mesra dengan dapur lebih dari wanita sendiri.

Bagi wanita yang malas, mereka tentulah suka jika mempunyai lelaki yang rajin memasak sebab boleh goyang kaki. Melainkan jika si dia itu pandai pula membuat kek dan biskut kerana aktiviti tersebut sering dikaitkan dengan tugas orang perempuan.

3. Menari

Ada juga wanita yang suka pada lelaki yang boleh menari. Ini kerana kebanyakan wanita boleh mengenalpasti lelaki yang romantik melalui cara dia menggerakkan tubuh di atas lantai tarian.

Namun kebanyakan orang akan memandang serong dan beranggapan negatif jika seorang lelaki itu terlibat dengan tarian balet. Bagi mereka tarian ini bukanlah cara yang paling baik untuk seorang lelak menunjukkan kelakian mereka.

4. Menangis Sambil Menonton Drama

Tiada yang salah jika seorang lelaki memilih untuk menangis ketika menonton sesebuah filem atau drama. Namun kebanyakan mereka hanya mengganggap ini sebagai perkara biasa jika lelaki dilihat menangis ketika menghadiri majlis pengebumian.

Wanita akan menganggap lelaki  itu sebagai ‘pondan’ jika menangis ketika menonton drama ataupun program bual bicara kerana perangai tersebut menampakkan lelaki itu terlalu feminin.

5. Membeli Belah Dan Fesyen

Jika seorang lelaki itu minat berfesyen dan pandai bergaya, ia menujukkan lelaki tersebut mempunyai citarasa yang bagus dalam pemilihan gaya.

Tak salah jika seorang lelaki itu minat melaram kerana lelaki pun mempunyai citarasa mereka yang tersendiri dalam berfesyen. Namun ramai yang berasa pelik jika seseorang lelaki itu mengenali semua jenis jenama-jenama fesyen yang ternama kerana hanya wanita yang benar-benar gilakan jenama fesyen.