Petua Semulajadi Untuk Menghilangkan Asma

serangan asma

Melakukan beberapa perubahan kecil dalam rutin kehidupan harian boleh mengurangkan simptom asma. Sebab sebenar serangan asma ini adalah masih belum diketahui tapi ia boleh juga disebabkan oleh alahan, pencemaran udara, jangkitan paru-paru, emosi, perubahan cuaca an sesetengah jenis makanan yang diambil.

Advertisement

Walaupun terdapat pelbagai jenis rawatan untuk asma pada zaman serba canggih ini, kita boleh juga mencuba beberapa rawatan tradisional yang dikatakan boleh membantu merawat asma secara semulajadi tanpa perlu mengeluarkan kos yang banyak.

Kebanyakan rawatan secara semulajadi dikatakan berkesan untuk menangani gejala asma dan sekurang-kurangnya dapat membantu untuk mengelakkan ia merebak dan menjadi lebih buruk.

Diet juga penting dalam membantu menangani gejala asma secara berkesan kerana  sesetengah makanan mempunyai zat-zat dan vitamin yang membantu melegakan pengudaraan dalam sistem pernafasan.

Namun rawatan-rawatan ini semuanya hanya membantu mengurangkan dan masih tidak dapat untuk menghilangkan asma secara terus

.

 

1. Halia

halia

Merupakan salah satu antara rawatan asma secara semulajadi yang cukup popular di kalangan orang ramai. Kajian mendapati penggunaan halia boleh membantu mengurangkan radang pada pengudaraan di paru-paru dan mengelakkan penyempitan ruang udara.

Halia tersebut boleh dijadikan jus dengan campuran buah delima dan madu ataupun dimakan mentah bersama dengan garam.

 

2. Bawang Putih

bawang putih

Dikatakan boleh membantu untuk melegakan rongga di dalam paru-paru yang tersumbat. Mujarab sekali jika serangan tersebut adalah pada peringkat awal.

Cuma didihkan dua ke tiga helai daun dalam satu suku cawan susu dan kemudian biarkan ramuan tersebut menyejuk pada suhu bilik sebelum meminumnya.

 

3. Kopi

kopi

Kadar kafein di dalam kopi biasa dapat membantu untuk mengawal serangan asma kerana kebolehannya bertindak sebagai ‘bronchodilator’.

Kopi panas boleh membantu meredakan dan melegakan pengudaraan yang membantu anda untuk bernafas dengan lebih baik. Lebih pekat kopi tersebut, lebih baik nanti hasilnya. Tapi tidak digalakkan untuk mengambil lebih dari 3 cawan kopi dalam sehari.

Jika anda bukanlah penggemar kopi, anda juga boleh beralih pada teh yang pekat. Namun jangan amalkan kopi sebagai rawatan kebiasaan.

 

4. Minyak Eucalyptus

minyak eukaliptus

Pasti anda semua tidak tahu bahawa minyak dari tumbuhan Eucalyptus yang tulen ini boleh menjadi antara rawatan asma yang paling berkesan. Minyak yang dihasilkan dari tumbuhan tersebut mempunyai bahan yang boleh mengurangkan rasa tersumbat pada rongga-rongga pernafasan. Ia juga berkesan untuk mencairkan kahak.

 

5. Madu

madu

Jika anda sedang tercari-cari rawatan semulajadi asma yang paling berkesan, anda patut beralih pada madu. Anda boleh mengambil satu sudu teh madu yang dicampurkan dengan segelas air panas sekurang-kurangnya dua atau tiga kali sehari.

Atau anda juga boleh menghidu bau madu tersebut untuk melegakan pernafasan anda yang tersumbat. Lakukan setiap kali sebelum masuk tidur.

Advertisement