Teknik Memikat Wanita Yang Setiap Lelaki Ingin Tahu

Setiap lelaki di dunia ini mahu memikat hati wanita dan begitu juga sebaliknya. Tapi secara terus terang, sesetengah lelaki dapat memikat wanita dengan mudah namun malangnya ada juga yang perlu berhempas pulas memasang strategi untuk memikat.

Keadaan ini memaksa sesetengah lelaki berfikiran seperti, apa yang dia ada yang tidak ada pada diri mereka? Tentulah kadangkala lelaki yang tampan, tinggi dan bergaya dengan mudah sahaja boleh menyambar mana-mana wanita yang diingininya. Jadi memang jelas mengapa wanita akan tergiula-gilakan lelaki seperti itu.

Beberapa kajian di dalam internet juga turut giat dijalankan untuk mendalami mengenai perkara ini terutamanya dari segi tarikan, psikologi dan seksualiti. Begitu banyak laman sesawang dan blog di luar sana yang turut membicarakan soal yang sama namun kebanyakannya tidak bertemu jalan penyelesaian.

Namun ada beberapa panduan yang boleh digunakan sebagai teknik memikat yang berkesan.

Jika anda mengikuti beberapa panduan di bawah ini tentu anda boleh menguasai apa yang lelaki lain ambil masa lebih bertahun untuk mempelajarinya.

teknik memikat

1. Memikat Dari Sudut Pandangan Wanita

Perkara pertama yang anda perlu faham adalah tarikan bertindak secara berlainan pada wanita berbanding dengan lelaki.

Kebanyakan kaum lelaki merasakan ia adalah perkara yang terang lagi nyata namun pengetahuan untuk membezakannya adalah lebih penting. Setelah anda memahami bagaimana tarikan berfungsi dari sudut perspektif wanita, anda akan berasa lebih mudah untuk menarik minat dan mengelakkan tarikan itu hilang sama sekali.

2. Wanita Tidak Suka Ditemubual

Elakkan seboleh mungkin memulakan perkenalan anda dengan wanita melalui kaedah temubual seperti bertanyakan aktivitinya pada hari tersebut ataupun ke mana tujuan dia hari ini.

Cuba kaedah yang lebih menarik seperti meneka kerana ia boleh mengelakkan perkenalan itu bertukart menjadi sesi temubual yang membosankan. Praktikkan ini apabila anda bertemu dengan mana-mana wanita di restoran kerana ia adalah teknik memikat yang berkesan untuk digunakan.

3. Wanita Sukakan Lelaki Yang Berkeyakinan

Idea mengenai wanita yang inginkan lelaki yang berkeyakinan sudah menjadi begitu klise.

Keyakinan adalah penting dalam setiap aspek kehidupan lebih-lebih lagi dalam hubungan. Terutamanya ketika sedang bertemujanji, seorang lelaki dinilai melalui keyakinannya dan kemudiannya seterusnya melalui kriteria lain. Yang paling penting, keyakinan ini boleh dipelajari dan dibentuk dengan semulajadi.

4. Jangan Menunjuk-Nunjuk

Memang bagus jika anda memiliki kereta mewah dan memegang jawatan yang tinggi, tapi tidak perlulah terlalu menunjuk-nunjuk dengannya.

Walaupun ramai wanita yang tertarik dengan harta dan kekayaan, mereka tidak akan sesekali tertarik pada lelaki yang bersikap bongkak dan riak mengenai apa yang mereka miliki. Ini kerana deria wanita dapat menghidu jika sikap berlagak ini datangnya dari kekurangan keyakinan diri.

5. Jadikan Ia Sedikit Misteri

Ketika si dia bertanyakan sesuatu mengenai diri anda, cuba untuk tidak menerangkan segalanya dengan terperinci. Berikan si dia klu-klu yang membolehkan si dia untuk berfikir dan mencari jawapannya sendiri.

Ini dapat menimbulkan sedikit aura misteri kepada anda dan menjadikan diri anda lebih menarik pada mata si dia. Biarkan si dia mencari sendiri jawapannya dan ini memberi peluang untuk si dia untuk ingin tahu lebih lagi mengenai anda.