Risiko Tersembunyi Dalam Latihan Cross Fit

Jika anda terlibat dalam bidang kesihatan dan fitnes, anda tentu akan selalu terdengar mengenai teknik latihan CrossFit yang kini semakin popular di kalangan penggemar aktiviti fitnes.

CrossFit adala sejenis sistem senaman dan pemakanan yang diasaskan oleh Gregg Glassman pada tahun 2000 yang kononnya merupakan satu teknik latihan yang benar-benar berkesan. Cross Fit menggalakkan gabungan aerobik, gimnastik dan angkat berat di dalam satu bentuk latihan senaman yang lasak.

Jadual senaman selalunya ringkas namun lebih ekstrem kerana memerlukan tenaga yang berlebihan.

Walaupun begitu Crossfit merupakan sukan yang sangat kompetitif kerana setiap ahli pasukan akan berlumba-lumba untuk menjadi yang paling ‘fit’ antara kesemua mereka. Namun melibatkan diri di dalam sukan Cross Fit ini ada baik dan buruknya. Ini kerana setiap atlet yang mengikuti latihan ini tidak dapat lari daripada berdepan dengan masalah kecederaan.

cross fit

Jadi berikutnya kita akan berbincang mengenai risiko yang akan dihadapi oleh atlet yang melibatkan diri di dalam sukan Cross Fit.

cross fit permulaan

1. Dianggap Sebagai Program Fitnes

Masalah dengan latihan Cross Fit ini bukanlah kerana ianya berbahaya ataupun ia memiliki risiko yang tinggi untuk mengalami kecederaan. Masalah sebenar dengan program latihan Cross Fit ini adalah ia kerap dianggap sebagai kedua-dua ujian fitnes dan program fitnes.

Ia juga kerap dianggap sebagai salah satu bentuk sukan dan program menguji kekuatan yang menyediakan anda untuk sukan tersebut. Cross Fit juga dikatakan gagal dalam usaha untuk membezakan ia antara latihan dan ujian.

keistimewaan cross fit

2. Berdepan Risiko Kecederaan

Walaupun teknik latihan Cross Fit ini begitu popular, namun masih ada beberapa pakar yang mengkritik tentang kebarangkalian sistem ini untuk membawa lebih keburukan dari kebaikan.

Terutamanya apabila berbincang mengenai risiko tinggi untuk memperoleh kecederaan. Asas latihan Cross Fit adalah melibatkan latihan yang mencabar untuk membina setiap otot yang berlainan pada tubuh badan dengan ekstrem.

cross fit risiko

3. Kualiti Pelatih Tidak Dikenalpasti

Jika diperhatikan dalam program Cross Fit, kebanyakan peminat Cross Fit yang banyak menyumbang dalam memperkenalkan program latihan yang berkesan akan diiktiraf sebagai pelatih jika sampai ke satu tahap.

Namun ramai pakar yang mengkritik kaedah ini yang dikatakan terlalu longgar menyebabkan terlalu ramai pemilik gim yang baru muncul bagai cendawan tumbuh dan memiliki pengalaman yang begitu cetek dan boleh menyebabkan anak-anak didik mereka berdepan dengan bahaya di masa hadapan.

Walau apapun pendapat orang ramai, kaedah Cross Fit ini adalah sistem latihan yang benar-benar dicipta khas untukl atlet yang lebih berpengalaman. Ramai yang masih beranggapan sistem latihan ini berisiko tinggi dan berbahaya kepada mereka yang baru ingin berjinak-jinak dengan dunia fitnes.

Namun tidak dapat dinafikan keberkesanan sistem latihan ini engan melihat saban hari banyak keputusan yang memberangsangkan didapati daripada mereka yang terlibat di dalam program ini.