Perkara-Perkara Yang Anda Harus Buat Sebelum Senaman

Senaman adalah penting untuk mengekalkan kondisi tubuh badan yang sihat dan kecergasan fizikal, namun apa yang anda bakal lalukan sebelum memulakan sesuatu senaman adalah lebih kurang sama pentingnya.

Rutin pra-senaman kadangkala boleh membantu atau merosakkan keberkesanan suatu sesi senaman.

Mengikuti rutin tersebut boleh membantu anda mendapat keputusan dan hasil yang optimum namun jika anda tersalah langkah ia boleh mengakbatkan anda terperangkap di dalam rutin senaman yang membosankan dan tidak membawa kepada sebarang perubahan.

Jadi berikut adalah beberapa langkah yang harus anda ikuti untuk mendapatkan keputusan yang diingini sebelum memulakan sebarang jenis senaman.

makan sebelum senaman

1. Makan Sebelum Bersenam

Selalunya kita akan sibuk untuk memikirkan apa yang ingin kita makan selepas bersenam, namun cukup penting untuk kita memberi keutamaan untuk mengambil berat tentang nutrisi yang kita ambil ketika sebelum memulakan senaman.

Dalam usaha untuk mencapai matlamat pembinaan otot yang berjaya, amat penting untuk anda mengikut setiap rutin nutrisi sebelum senaman yang disarankan.

hidrasi

2. Hidrasi Diri Anda Secukupnya

Tiada yang lebih berbahaya daripada memulakan senaman dengan perut yang kosong dan tubuh yang sedang dehidrasi.

Amat penting untuk anda hidrasi diri dengan mencukupi sebelum mamulakan sebarang senaman, itu bukanlah bermaksud anda harus minum terlalu banyak sebelum sesi senaman. Cukup sekadar anda mengambil hanya satu setengah liter air satu jam sebelum senaman.

health_concept_handwritten_with_chalk_on_a_blackboard-2439x1557

3. Pelan Senaman Terlebih Dahulu

Cuba bayangkan anda menuju ke gim dan menghabiskan hampir 15 minit atau lebih untuk memikirkan senaman mana yang harus anda mulakan dahulu.

Daripada memikirkan mana senaman yang harus dilakukan dan berapa lama masa yang harus diambil, lebih baik untuk kita merancang terlebih dahulu sebelum datang ke gim. Buat jadual dan catat mana senaman yang ingin anda mulakan dahulu dan jangkamasa yang perlu diambil.

pelan senaman

4. Senaman Pemanas Badan

Anda tentu pernah mengalami saat di mana anda akan bergegas sebaik sahaja bangun tidur dan terus ke gim.

Namun walaupun anda terlambat untuk sesi senaman anda, senaman pemanas badan tidak harus diabaikan kerana jika tidak anda akan terdedah kepada bahaya untuk mengalami kecederaan atau kekejangan selepas tamat sesi senaman.

playlist lagu

5. Mainkan Muzik Yang Menarik

Bayangkan diri anda berada di dalam sebuah parti yang hebat di mana muzik kegemaran anda sedang diputarkan, anda tentu dapat merasai diri anda turut menari mengikut irama.

Benar kerana tubuh kita ada kecenderungan untuk bergerak mengikut irama sebaik sahaja sesebuah muzik itu dimainkan. Ini boleh membantu meningkatkan keseronokan untuk bersenam kerana muzik yang rancak meembantu tubuh kita untuk bergerak dengan lebih lincah.