5 Perubahan Mudah Untuk Menghangatkan Hubungan Seks Anda

Seks adalah perkara yang tidak pernah jemu diperkatakan. Pada sesuatu masa ia akan menjadi sesuatu yang kita sangat inginkan, namun ada juga ketika di mana kita merasakan ia cukup setakat ini sahaja.

Kita tahu seks adalah baik untuk kita dan membuatkan kita berasa lebih hebat juga. Namun adakah anda tahu bahawa hubungan seks boleh membebaskan kimia kegembiraan di dalam otak kita. Kerana itu kita sering berasa hebat dan bahagia dalam jangkamasa yang lama setiap kali selepas kita melakukannya.

Sebagai sebahagian daripada cara hidup yang lebih sihat dan seimbang, seks and ekspresi erotik harus dipertimbangkan sebagai sebahagian daripada keseluruhan pendekatan pada kesihatan kita.

Untuk membantu anda mencapainya, di sini kita telah menyenaraikan beberapa cara untuk anda menghangatkan hubungan seks anda bersama si dia dan menjanjikan kepuasan bersama untuk jangkamasa yang lama.

beri keizinan

1. Berikan Keizinan Untuk Berseronok

Terlalu ramai orang yang tidak mengutamakan kepuasan sebagai salah satu daripada sudut kesihatan. Ada banyak cara untuk mendapatkan keseronokan bersama dan seks merupakan salah satu daripada caranya. Berikan diri anda peluang untuk menghargai seks dengan cara anda yang tersendiri.

pasangan

2. Berikan Masa

Terlalu kerap kita dengar aduan mengenai seks seperti “Saya terlalu sibuk dan tidak punya masa untuk ini.” Seks seperti juga perkara lain dalam hidup anda yang memerlukan penggunaan otot dan tindakan refleks, emosi dan sensasi, pengalaman dan juga tenaga.

Jika anda terlalu memikirkan tentang ketegangan, kerja dan masa kepuasan yang tidak mencukupi menjadikan hubungan itu semakin hambar.

teknik menggoda

3. Amalkan Teknik Menggoda Seperti Kali Pertama

Jadikan pengalaman itu seperti kali pertama anda bertemu dengan si dia. Gunakan karisma anda pada masa lepas itu sekali lagi dengan menggoda si dia bagaikan kali pertama anda berdua bertemu.

Anda juga boleh mengamalkan ‘roleplay’ di mana bayangkan ketika anda berdua sedang berada di sebuah parti, anggap sahaja anda berdua orang asing dan saling berkenalan dengan mesra.

belajar

4. Belajar Sesuatu

Kerapkali pasangan ingin merasai sesuatu yang baru di dalam perhubungan mereka. Dalam semua aspek kehidupan kitra digalakkan untuk mengeksplorasi dan mengembangkan pengetahuan kita.

Mengapa pula ia berlainan dalam soal seks? Mencuba sesuatu yang baru boleh membawa kepada keseronokan dan boleh juga memudaratkan. Minta bantuan dari pakar sebelum mencuba sesuatu yang baru jika belum berpengalaman dan tidak tahu bagaimana mahu memulakannya.

lupakan tekanan

5. Lupakan Semua Tekanan

Terlalu ramai yang merasakan hubungan seks ini seperti suatu persembahan. Siapa yang berjaya memuaskan siapa, berapa kerap dan untuk berapa lama? Kadangkala menonton video dari dalam talian boleh sedikit sebanyak membantu memberikan inspirasi kepada anda.

Cuba untuk berseronok dengan apa yang anda ada dan perlahan-lahan berikan masa untuk menghargai tubuh anda dan pasangan.