5 Penyebab Mengapa Anda Selalu ‘Broke’

Anda tentu telah belajar dari pengalaman tentang membeli-belah untuk makanan ketika perut kosog adalah idea yang kurang baik. Namun membeli-belah untuk pakaian ketiuka perut anda sedang lapar juga tidak banyak membantu.

Ini kerana bila perut berasa lapar ia akan menyebabkan sistem pengambilalihan dalam minda anda bertindakbalas dengan pantas menurut kajian “Proceedings Of The National Academy Of Science”. Ia adalah sama seperti tindakan refleks apabila kita inginkan sesuatu.

Walaupun yang sebenarnya diingini oleh anda adalah makanan, tapi ada kecenderungan untuk anda berbelanja ke atas benda yang tiada kena mengena dengan makanan. Oleh itu jangan lupa untuk mengambil sedikit snek sebelum anda ke pusat membeli-belah ataupun sibukkan diri anda dengan internet kerana ia boleh mengurangkan rasa lapar dan seterusnya mengelakkan anda berbelanja ke atas perkara yang tidak perlu.

Berikut adalah beberapa sebab lain yang pasti buat anda terkejut mengapa kita selalu ‘broke’.

bilik bersepah

1. Keadaan Bilik Yang Bersepah

Persekitaran yang tidak teratur dan berselerak, seperti keadaan meja anda di pejabat ataupun bilik komputer anda di rumah boleh mengakibatkan minda anda bertindakbalas dan seterusnya menyebabkan anda berkeinginan untuk membeli lebih banyak barang seperti yang ditunjukkan melalui kajian dari “Journal Of Consumer Search”.

lelaki bersedih

2. Bila Anda Bersedih

Terutama sekali apabila anda mengalami masalah kemurungan dan sedang berduka, tindakan refleks otak yang selalunya akan menyebabkan kita berbelanja lebih dari biasa berbanding mereka yang dalam keadaan normal. Ini adalah didapati menurut kajian”Psychological Science”.

Keyakinan diri anda menurun ketika bermurung menyebabkan anda berbelanja lebih agar diri anda kelihatan lebih menarik dan berharga.

lelaki gembira

3. Apabila Anda Kembali Ceria

Kemunculan matahari boleh menceriakan hidup anda semula dan boleh menyebabkan anda berbelanja lebih daripada biasa menurut kajian yang diperolehi dari Canada. Nanti dulu!

Bagaimana pula kedua-dua kegembiraan dan kesedihan boleh menyebabkan kita banyak berbelanja? Ini kerana apabila seseorang berada dalam mood yang baik, mereka akan kurang risau mengenai perbelanjaan mereka.

beli belah sendiri

4. Membeli Belah Sendirian

Ramai orang kadangkala membentuk suatu kebergantungan emosi terhadap sesebuah kedai terutamanya yang selalu dilawatinya. Hal ini boleh menyebabkan mereka untuk berbelanja lebih dari biasa berbanding dengan kedai-kedai yang mereka jarang lawati.

Namun kebergantungan itu hilang apabila mereka membeli-belah dengan rakan, dan kuasa membeli itu menjadi semakin kurang.

layari facebook

5. Selalu Melayari Facebook

Berborak dengan rakan rapat melalui Facebook boleh meningkatkan tahap keyakinan diri. Keyakinan diri tersebut boleh membawa kepada ketagihan untuk membeli-belah lebih dari kebiasaan.

Kajian yang diperolehi daripada Universiti Columbia menunjukkan mereka yang selalu menghabiskan masa di laman sosial mempunyai kecenderungan untuk berbelanja lebih kerap pada kemudiannya.