Cara Terbaik Untuk Menyusun Almari Anda

Apa yang anda boleh gambarkan sekiranya anda sedang membuka almari kepunyaan kaum lelaki? Tentunya ia akan kelihatan seperti medan perang bukan? Timbunan pakaian kotor di atas lantai sedang menanti untuk dihantar ke kedai dobi, tali teher berselerak di dalam kotak kasut, tali pinggang berselerakan di atas lantai dan boleh dikatakan baju-baju kemeja juga tidak digantung dengan kemas hingga ada yang bertaburan jatuh di atas lantai

Anda telah berbelanja dengan baik untuk pakaian yang anda pakai, jadi jagalah ia dengan baik. Sebaiknya anda juga boleh menggunakan panduan daripada pakar susunan almari yang boleh membantu anda untuk menyusun pakaian anda dan mengorganisasi almari pakaian anda agar bukan sahaja kelihatan lebih kemas malah memudahkan anda untuk mencari pakaian anda dengan mudah melalui susun atur yang lebih mudah.

Berikut adalah beberapa panduan penting untuk menyusun almari pakaian anda supaya pakaian anda dapat tahan lebih lama dan seterusnya memudahkan hidup anda.

susun ikut warna

1. Susun Ikut Kategori Dan Kemudian, Warna

Ampaikan pakaian kasual dan pakaian kerja anda secara berasingan di dalam almari anda. Berikan ruang yang secukupnya antara kedua bahagian tersebut untuk memudahkan anda mengenalpasti di mana susunan setiap pakaian itu bermula. Contohnya pakaian sukan berakhir ditengah dan dimulai selepasnya dengan pakaian kerja.

Jika anda mempunyai ruang almari yang amat terhad, cuba pisahkan mereka dengan menyusun pakaian mengikut warna.

penyidai kosong

2. Jangan Sembunyikan Penyidai Yang Kosong

Setiap kali anda mengambil pakaian daripada penyidai, pastikan anda menolak penyidai yang kosong itu ke hadapan untuk memudahkan ada mengecam dan mencari penyidai tersebut apabila anda memerlukannya.

Bukan itu sahaja malah teknik ini turut membantu anda untuk menjadikan almari anda tidak terlalu penuh.

jenis penyidai sama

3. Pastikan Penyidai Anda Kelihatan Serupa

Jika anda membeli terlalu banyak penyidai yang pelbagai warna dan pelbagai jenis, cuba untuk berpegang kepada satu jenis sahaja. Apabila kesemua penyidai anda kelihatan serupa, anda akan lebih tertumpu pada pakaian anda.

rak tali leher

4. Jaga Tali Leher Dan Tali Pinggang Anda

Digalakkan untuk anda menggunakan rak almari bertingkat untuk kemudahan anda menggantung tali leher dan tali pinggang. Rak tersebut boleh membantu anda untuk mengekalkan bentuk tali pinggang dan tali leher seperti yang anda ingini. Ini lebih baik daripada anda menyumbat semuanya ke dalam laci.

satu tahun satu

5. Ikuti Peraturan Satu Tahun Satu

Peraturan ini adalah amat mudah kerana ia membantu anda untuk memberi sedikit ruang di dalam almari pakaian anda untuk pakaian yang baru. Jika anda mendapati ada beberapa pakaian yang anda tidak pernah sentuh setelah hampir setahun, sedekahkan kepada mereka yang memerlukan.

Ini boleh membantu untuk memberi ruang kepada almari anda untuk menempatkan pakaian yang baru.