5 Alatan Kecergasan Berteknologi Tinggi Yang Terbaik Untuk Anda

Kebanyakan alatan kecergasan yang selalu kita pakai sewaktu kita bersenam di pusat kesihatan semakin lapuk dek zaman. Kini kehadiran banyak alatan fitnes baru di pasaran memberikan suatu dimensi baru di dalam dunia kecergasan dan kesihatan. Ia membawa konsep kesihatan ke suatu tahap yang lebih tinggi.

Alatan fitnes berikut yang berteknologi tinggi ini boleh mengubah cara anda bersenam untuk selamanya.

Dari menjejak tahap kekuatan serta kuasa untuk membantu pemulihan otot, peralatan-peralatan berikut boleh membantu menukarkan anda kepada sebuah mesin kecergasan yang hebat!

jawbone

1. Up2 Dari Jawbone

Sistem penjejak kecergasan anda yang tidak perlu memakan keseluruhan ruang pada tangan anda untuk menjalankan tugasnya dengan berkesan.

Peralatan yang nipis dan mudah diubahsuai ini akan berubah fungsi dengan hanya satu klik. Apabila ia dibuka, ia akan mengesan langkah harian, tahap kalori yang berjaya dibakar dan kualiti serta kuantiti waktu tidur yang anda ambil.

earbud

2. Sport Pulse Wireless Earbuds

Fon kepala ini beroperasi tanpa wayar dan dapat membantu mengawasi kadar degupan jantung. Anda hanya perlu masukkan bud kiri pada telinga anda untuk mendengar kadar degupan jantung semasa.

Ia juga boleh membantu memberitahu anda tentang masa, kelajuan dan jarak senaman yang sedang anda jalani.

tomtom

3. Tomtom Multisport

Direka khas untuk atlet yang mahu melakukan lebih dari hanya larian, jam yang lengkap dengan GPS ini juga boleh mengesan kayuhan basikal ataupun renangan anda. Ia juga memiliki kebolehan QuickGPSFix yang membenarkan ia mengesan jam anda dengan segera.

fitbid surge

4. Fitbid Surge

Berfungsi lebih hebat daripada pedometer yang biasa, peralatan ini juga boleh mengesan kadar degupan jantung anda melalui pergelangan tangan anda. Jadi anda tidak perlu menggantung apa-apa pada dada anda!

Dengan permukaan yang mudah untuk digunakan, anda boleh mengesan senaman, mendengar muzik, menerima notifikasi teks dan mengawal waktu tidur anda tanpa perlu menyentuh telefon anda.

athos shirt

5. Baju Athos

Baju ini adalah pakaian yang pertama di dunia yang memiliki kebolehan untuk mengukur aktiviti otot, kadar degupan jantung dan kadar pernafasan anda.

Data yang diperolehi secara langsung dapat memberitahu anda betapa kuat sesuatu otot itu bekerja dan membantu anda untuk memperkemaskan postur anda.