7 Cara Mudah Untuk Membahagiakan Isteri

Sebenarnya untuk membahagiakan isteri tidak memerlukan banyak wang.

Hal-hal seperti di bawah ini tips untuk membahagiakan isteri tanpa mengeluarkan wang yang banyak, selamat mencuba.

1. Berdandanlah untuk isteri anda, bersih dan wangi.
Jika anda mahukan isteri selalu tampil cantik di depan anda, maka begitu pun para isteri juga ingin suami terlihat “tampan” untuknya. Ingat bahawa Rasulullah SAW selalu memulai dengan Miswak ketika kembali ke rumah dan selalu mencintai kebersihan.

2. Panggilah isteri anda dengan panggilan yand indah.
Rasulullah SAW memiliki panggilan untuk isteri-isterinya. Cuba panggil isteri anda dengan panggilan yang disukainya, dan hindari dari menyakitkan hatinya.

3. Jika anda ada salah dengan isteri cuba selesaikan masalah itu dan elakkan bertengkar.
Ini adalah satu cari Rasulullah SAW ketika ia melihat sesuatu yang tak sepatutnya dari isteri-isterinya dan ia selesai dengan baik.

4. Senyumlah kepada isteri anda setiap kali melihatnya dan sering memeluknya.
Bayangkan hidup dengan dia terus menerus dan isteri anda selalu melihat anda selalu tersenyum, kan manis tu kan.

5. Berterima kasih kepada isteri anda untuk semua yang dilakukannya untuk anda.
Isteri melakukan semua perkerjaan di rumah, membersih rumah dan tugas lain. Apa kata berterima kasih kepada isteri anda ia akan rasa lebih dihargai dan disayangi.

6. Hiburkan isteri bila ia merasa sedih.
Bila isteri anda merasa sedih jangan biarkan dia keseorangan, hiburlah dia dan buat ia tersenyum.

7. Jangan lupa berdoa kepada Allah SWT, agar menjadikan pernikahan ni bahagia ke anak cucu.
Berdoalah kepada Allah SWT untuk kebahagian bersama isteri anda, harap Artikel ini membantu anda di dalam keluarga yang tercinta.