5 Tanda Awal Menunjukkan Bahawa Ia Adalah Masa Untuk Berpisah

Bagaimana anda hendak mengenalpasti bahawa ia adalah masa yang sesuai untuk memutuiskan sesebuah perhubungan?

Kami telah berbicara dengan beberapa pakar dalam perhubungan mengenai 5 tanda-tanda penting yang sepatutnya kita perhatikan.

Jika anda mendapati anda memiliki kelima-lima tanda yang dibincangkan dan setelah apa sahaja usaha yang anda lakukan tidak berhasil, maka ia adalah masa yang tepat untuk menamatkan segalanya.

berbalah

1. Anda Berbalah Mengenai Semua Perkara

Fakta bahawa setiap pasangan ada kemungkinan untuk berbalah malah ada juga pasangan yang bergaduh lebih kerap dari pasangan yang lain.

Namun jika anda mendapati corak pergaduhan anda seakan berubah sehingga anda bergaduh mengenai perkara yang kecil, itu menandakan hubungan anda berada pada tahap yang kritikal.

balik lewat

2. Anda Kerap Balik Lewat

Asas sesebuah perhubungan yang bahagia adalah anda sentiasa inginkan lagi dan lagi.

Namun jika anda sudah tiada keinginan untuk pulang awal ke rumah setelah seharian bekerja, maka anda perlulah mengenalpasti sendiri apakah sebabnya.

perlakuan pasangan mengganggu

3. Segala Perlakuan Pasangan Mengganggu Anda

Ini adalah apabila setiap perlakuan pasangan anda yang sebelumnya anda tidak ambil kisah, kini semakin mengganggu emosi dan perasaan anda.

Atau pun mungkin apa sahaja yang dilakukan dan dibicarakan oleh pasangan anda seringkali menimbulkan perasaan kurang senang pada anda. Ini menunjukkan anda sudah semakin jauh dari menyayangi pasangan anda.

alasan tak bersama

4. Sering Mencari Alasan Untuk Tidak Bersama

Ketika dalam proses bulan madu dahulu, anda berdua akan mengambil setiap kesempatan apabila berduaan untuk bersama.

Ia adalah normal jika kamu bersikap “chill” dalam aspek hubungan seks apabila sudah berbulan atau bertahun di dalam berhubungan. Namun jika anda seringkali menolak pelawaan untuk bersama pasangan, maka sesuatu mungkin sedang terjadi.

malam bersama kawan

5. Anda Lebih Gemar “Guy’s Night”

Jika kebelakangan anda lebih banyak memberikan keutamaan untuk meluangkan lebih masa bersama rakan-rakan lelaki anda, maka ia menandakan hubungan anda berada pada tahap membimbangkan.

Kebolehan untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda adalah sesuatu yang menjadi kebiasaan namun keseronokan itu bukanlah kerana ia memberikan anda ruang untuk tidak bertemu pasangan anda buat seketika.