5 Sebab Mengapa Anda Selalu Mengalami Penyakit Pedih Hulu Hati


- 16 Aug 16
View 1,173 : Today 1
pedih hulu hati

Kebanyakan makanan mempunyai risiko yang tinggi untuk menyebabkan kita mengalami pedih hulu hati. Makanan seperti bawang, bergoreng dan pedas mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk menyebabkan terjadinya penyakit pedih hulu hati.

Advertisement

Namun begitu bagaimana cara anda memakannya adalah lebih penting daripada bagaimana anda mengawal apa yang anda makan dalam mengelakkan masalah tersebut.

Jadi apakah sebenarnya sebab utama yang membawa kepada terjadinya pedih hulu hati? Pakar beranggapan pedih hulu hati ini berpunca daripada simptom asid reflux, ataupun asid dalam perut yang mereneh hingga ke esofagus.

Esofagus menyambungkan antara tekak anda dan perut – tidak direka untuk menangani asid tersebut jadi ia akan menyebabkan sensasi panas yang menyakitkan.

Walaupun sesetengah makanan boleh menyebabkan terjadinya pedih hulu hati, pakar mendapati ada lebih banyak faktor lain yang turut menyumbang kepada risiko kesakitan selepas makan.

makan lewat

1. Makan Terlalu Lewat Malam

Makan terlalu lewat hingga hampir ke waktu tidur boleh meningkatkan risiko anda mengalami pedih hulu hati.

Tubuh anda hanya boleh melakukan beberapa perkara untuk melawan graviti namun jika anda tidur dalam keadaan perut anda penuh dengan makanan, ia hanya menjadikan isi perut anda naik ke esofagus anda.

makan terlalu kerap

2. Makan Terlalu Banyak Dan Kerap

Lebih banyak makanan yang masuk ke dalam perut anda maka akan lebih cepat untuk sebahagiannya untuk naik ke bahagian esofagus.

Makan terlalu kerap dan pada sela masa yang janggal juga boleh turut menyumbang kepada risiko untuk diserang pedih hulu hati.

obesiti

3. BMI Yang Tinggi

Mempunyai berat badan berlebihan boleh memperlahankan sistem penghadaman anda di mana ia memberi lebihan tekanan di antara abdomen anda, lalu melonggarkan otot sfinkter yang membantu menghalang isi kandungan dalam perut anda merebak ke esofagus.

Pengurangan berat badan melalui perubahan gaya hidup dan memilih cara pemakanan yang teratur boleh membantu mengurangkan risiko pedih hulu hati.

pengambilan alkohol

4. Terlalu Banyak Minum Alkohol

Alkohol dahulunya dianggap sebagai bahan yang mujarab untuk meredakan otot yang membantu menghalang isi kandungan dari perut anda untuk sampai ke esofagus.

Namun jika anda minum sebelum waktu tidur dan mengambil beberapa snek ringan ia akan mengundang masalah lain buat anda.

salah makan

5. Makan Makanan Yang Salah

Jika anda mengalami simptom yang tidak baik ketika anda mengambil sesuatu makanan, adalah lebih baik untuk mengelakkan makanan itu sepenuhnya.

Namun idea tentang makanan yang mempunyai paras asid tinggi  boleh meningkatkan tahap asid di dalam tubuh anda yang seterusnya mengakibatkan pedih hulu hati.

Advertisement