5 Snek Yang Membantu Anda Untuk Rasa Kenyang Sepanjang Hari


- 17 Aug 16
View 920 : Today 1

Apabila perut anda mula berbunyi dan waktu makan ada lebih satu jam lagi, mengambil beberapa sayuran seperti lobak tidak akan membantu mengisi perut anda yang sedang lapar itu.

Advertisement

Ini tidak hanya disebabkan oleh makanan tersebut tidak memiliki protein dan lemak yang mengenyangkan perut anda, kadangkala anda sendiri pun lebih berharap untuk mendapatkan keropok atau makanan segera lain yang lebih baik dalam mengisi perut anda yang lapar.

Lain kali jika anda inginkan snek yang mengenyangkan perut anda, anda boleh cuba beberapa pilihan seperti yang disyorkan di bawah.

pistachio

1. Pistachio

Sumber kacang sentiasa akan digalakkan dalam setiap senarai makanan untuk menurunkan berat badan. Ini kerana ia memiliki protein dan lemak yang sihat dan boleh membantu orang yang mengambilnya untuk berasa lebih kenyang pada masa yang lebih lama.

Mengapa pistachio lebih digalakkan berbanding badam? Ini kerana badam mempunyai kalori yang tinggi berbanding pistachio dan oleh itu mereka boleh mengambil pistachio pada kadar yang lebih banyak.

avocado salsa

2. Avocado Dengan Salsa

Avocado sememangnya cukup lazat dan merupakan sumber lemak sihat yang amat menggoda. Dengan mengambilnya, anda akan kehilangan minat untuk mengambil makanan hingga lebih dari lima jam.

Walaupun avokado adalah tinggi dalam lemak, ia tidak mengganggu tahap kalori di dalam badan. Malah salsa turut membantu memberikan lebih perasa daripada garam yang biasa anda gunakan di rumah.

keju cottage kayu manis

3. Keju “Cottage” Rendah Lemak Dan Kayu Manis

Jangan fikrkan ia sebagai makanan diet yang diambil oleh golongan tua. Fikirkan ia sebagai sebuah snek yang dapat membantu mengisi perut anda untuk suatu jangkamasa yang agak lama. 1 cawan keju “cottage” rendah lemak yang berkalori 160 memilik 28 gram protein – ia adalah 5 kali lebih dari secawan yogurt Greek yang biasa anda ambil.

Menabur serbuk kayu manis ke atasnya boleh menjadikan hidangan tersebut lebih menarik dan membantu untuk menipu minda anda bahawa anda sedang mengambil makanan yang manis.

buah zaitun

4. Buah Zaitun

Buah zaitun adalah makanan yang bagus untuk diambil pada ketika ana sedang menanti makan malam yang akan disediakan dalam masa 15 minit namun anda perlu sesuatu untuk mengisi perut anda di ketika ini.

Tekstur buah tersebut yang berkrim cukup mengenyangkan dan kerana ia memiliki sedikit lemak, ia dapat membantu mengisi perut anda sementara menunggu waktu hidangan disajikan.

kacang kuda panggang

5. Kacang Kuda Panggang

Ia masin dan rangup seperti kebanyakan keropok yang kita makan – namun ia padat dengan protein yang mengenyangkan dan fiber berbanding kalori kosong semata-mata.

Advertisement