5 Makanan Yang Menyebabkan Sakit Kepala


- 17 Aug 16
View 3,313 : Today 1
sakit kepala

Ia bukanlah perkara asing lagi mengenai bagaimana sakit kepala dan migrain selalu disebabkan oleh tekanan, kekurangan air dan juga terlalu terdedah kepada bunyi bising.

Advertisement

Namun begitu, apa yang anda makan dan muinum juga turut membawa peranan juga. Faktanya sebanyak 10% pratus daripada penghidap migrain mendakwa bahawa pengambilan makanan dan minuman yang menyebabkan terjadinya gejala itu.

Namun begitu ada sesetengah makanan dan minuman yang boleh menyebabkan kepala anda menjadi sangat sakit dan berikut merupakan beberapa contoh makanan yang seringkali menyebabkannya.

keju

1. Keju Boleh Menyebabkan Sakit Kepala

Keju seperti Cheddar, Mozarella, Swiss dan keju biru sememang lazat untuk dimakan. Namun kesemua mereka memiliki asid amino tyramine, yang mana boleh mencetuskan sakit kepala yang teramat sangat.

Selalunya tubuh kita tidak mempunyai masalah untuk memproses tyramine. Namun jika anda kekurangan enzim yang diperlukan untuk memecahkan tyramine, asid amino boleh terbina di aliran darah anda dan menaikkan tekanan darah serta-merta.

Gabungan tekanan darah tinggi dan kimia dari otak boleh menyebabkan terjadinya migrain dan sakit kepala.

wain merah

2. Wain Merah Menyebabkan Sakit Kepala

Walaupun alkohol boleh menyahhidratkan tubuh anda, wain merah juga mengandungi tannis – perasa yang sering dijumpai pada kulit anggur yang memberikan anggur merah ciri-ciri aslinya.

Pakar mendakwa kandungan tannis boleh menyebabkan perubahan pada tahap tertentu kimia dalam otak yang boleh menyebabkan sakit kepala.

daging diawet

3. Daging Diawet Menyebabkan Sakit Kepala

Seperti juga keju, daging-daging yang telah diawet seperti salami dan sosej juga mengandungi bahan tyramine.

Untuk menjadikan masalah ini lebih buruk, kebanyakan daging yang telah diawet – turut memiliki perasa dan pengawet yang boleh mencetuskan rasa sakit pada kepala iaitu bahan-bahan seperti nitrit dan nitrat.

Kedua-dua bahan tersebut sedikit sebanyak boleh menyebabkan salur-salur darah untuk berkembang dan meningkatkan aliran darah ke otak, di mana boleh menimbulkan rasa sakit kepala.

kopi

4. Kopi Menyebabkan Sakit Kepala

Kebanyakan sakit kepala disebabkan oleh salur darah yang mengembang. Kopi pula membantu mengurangkan pengembangan tersebut dan oleh sebab itu ia kerap digunakan sebagai ubatan sakit kepala yang mudah.

Namun ada juga sesetengah orang yang merasakan pengambilan kopi boleh mengakibatkan sakit kepala.

Ambil kadar kafein anda kurang daripada 200 miligram setiap hari dan anda akan berasa lebih lega.

pisang ranum

5. Buah-buahan Kering Dan Terlalu Ranum

Ketika ini, anda tentu tidak berasa terkejut apabila mendengar tentang buah-buahan yang berada di sekeliling anda seperti pisang dan avocado yang ranum mempunyai paras tyramine yang lebih tinggi.

Buah-buahan yang diawet adalah penyebab utama. Makanan begini didakwa memiliki sulfit yang dikatakan menjadi salah satu penyebab yang meningkatkan risiko sakit kepala.

Walaupun kebanyakan kajian belum berjaya membuktikan dakwaan ini, namun ramai yang mengadu sakit kepala sebaik selepas mereka makan makanan yang mengandungi unsur sulfit.

Advertisement