Fakta Berkenaan Kanser

Setiap orang dari kita mempunyai sel kanser di dalam tubuh masing- masing. Sel kanser ini tidak dapat dikesan melalui ujian biasa sehingga ianya membiak ke jumlah beberapa ribu juta. Sel kanser hanya akan dikesan apabila ia telah membesar ke satu saiz yang mampu dikesan.

Advertisement

 

cancer

Disenaraikan maklumat penting agar kita dapat mengambil langkah sewajarnya untuk mencegah penyakit kanser:

  1. Seseorang akan mendapat sel kanser sebanyak enam hingga sepuluh kali dalam hayatnya.
  2. Sistem imun yang sihat akan memusnah dan menghalang sel kanser daripada membiak dan membentuk tumor.
  3. Kanser mungkin disebabkan oleh kekurangan zat makanan, alam sekitar, gaya hidup, makanan dan genetik.
  4. Perubahan diet dan pengambilan makanan tambahan yang sesuai boleh mengekalkan kesihatan sistem imun, yang boleh menghalang pembiakan sel kanser.
  5. Rawatan kemoterapi memusnahkan sel kanser, tetapi dalam masa yang sama ia turut memusnahkan sel tubuh yang sihat. Begitu juga dengan rawatan radiasi.
  6. Untuk membiak, sel kanser memerlukan makanan yang diperolehi melalui:
  7. Pengambilan gula; dengan mengurangkan pengambilan gula, ianya dapat memutuskan bekalan makanan kepada sel kanser. Pemanis tiruan bukan alternatif yang baik. Alternatif yang lebih baik ialah madu asli atau daun stevia.
  8. Garam halus; bahan kimia digunakan untuk membuat ia kelihatan putih, baik untuk sel kanser. Bertukar kepada garam laut (kasar) atau garam bukit.
  9. Susu lembu; segelas susu boleh mengandungi campuran sebanyak 20 ubat penahan sakit, antibiotik dan hormon pertumbuhan. Ia juga boleh membuat tubuh menghasilkan mukus atau lendir terutamanya di trek usus perut. Sel kanser memakan mukus. Bertukarlah kepada susu segar daripada ternakan yang bebas daripada ubat penahan sakit, antibiotik dan hormon pertumbuhan.
  10. Sel kanser subur dalam persekitaran berasid. Makanan berasaskan daging adalah berasid. Lebih baik untuk makan ikan atau sedikit ayam. Daging juga mengandungi antibiotik, hormon pembiakan dan parasit yang membahayakan terutamanya kepada pesakit kanser.

 

cancer-cells-growing-through-normal-tissue

Sejak bertahun dipercayai bahawa keturunan (genetik) merupakan faktor utama yang menyumbang kepada risiko seseorang akan mengidap kanser.

Kajian terbaru mendapati bahawa kira-kira 90% dari pengidap kanser tidak mempunyai sejarah kanser dalam keluarga mereka.

Kajian tersebut juga mendapati bahawa penyumbang terbesar kepada risiko kanser adalah faktor persekitaran seperti merokok, permakanan, infeksi, arak, dadah, bahan kimia, tekanan dan radiasi.

Berikut disenaraikan maklumat tambahan yang anda perlu tahu mengenai kemoterapi dan radiasi:

  1. Rawatan awal kemoterapi dan radiasi biasanya dapat mengecilkan saiz tumor. Namun begitu penggunaan kemoterapi dan radiasi yang berpanjangan tidak menjamin lebih kemusnahan tumor.
  2. Kemoterapi dan radiasi meninggalkan banyak toksid yang boleh menjejaskan atau memusnahkan sistem imun, jesteru pesakit akan terdedah kepada pelbagai jangkitan dan masalah kesihatan.
  3. Kemoterapi dan radiasi juga boleh menyebabkan sel kanser membina sistem pertahanan sendiri yang membuat ia lebih susah dimusnahkan.

 

m1220390-breast_cancer_cells_sem-spl-1200x800

Kita teruskan dengan langkah yang boleh diambil untuk mencegah dan mengatasi masalah kanser:

Sistem imun yang sihat merupakan pelindung utama dari penyakit kanser. Sistem imun mempunyai sel dinamakan “Sel NK (pembunuh semulajadi)”, yang bertanggungjawab untuk memerangi sel kanser. Setiap saat dalam hidup kita, sel NK bekerja keras untuk membunuh sel kanser.

Apabila sel NK gagal melaksana tugasnya, kita mendapat penyakit kanser. Kesihatan sel NK terjejas oleh faktor persekitaran yang dinyatakan di atas.

 

Cancer-cells-prevent-cure

Perubahan diet boleh membantu anda memelihara kesihatan sistem imun dan seterusnya mencegah kanser. Diet yang terdiri dari 80% sayuran, buah-buahan dan jus segar, bijirin dan kacang dapat membantu tubuh berada dalam persekitaran alkali, atau persekitaran yang tidak baik untuk pertumbuhan sel kanser.

Untuk memperolehi enzim bagi membina sel yang sihat, anda boleh meminum jus sayuran segar 2 atau 3 kali sehari. Enzim dari sayuran segar akan rosak pada suhu 104 darjah F (40 darjah S).

Buah atau jus hendaklah diambil sekurang-kurangnya 15 minit sebelum mengambil makanan ruji.

Beberapa bahan (Transfer factor, IP6, plant polysaccharide, Echinacea, cendawan Shiitake, Cordyceps dll.) telah dibuktikan (melalui ujian makmal) dapat memulihkan kesihatan sel NK. Untuk lebih berkesan ia perlu diambil bersama antioksidan dan coenzyme Q10.

Ingin bersama kami memerangi kanser? Jika ya, mula makan makanan sihat dan hidup secara sihat sekarang!!!

Advertisement