5 Kesalahan Pengambilan Nutrisi Yang Paling Besar

Mengambil nutrisi yang tepat menentukan samada ianya boleh membantu atau merosakkan latihan senaman anda.

Ikuti 5 tip yang menarik di bawah untuk mendapatkan kadar nutrisi yang tepat bagi kesihatan tubuh anda yang lebih optimum.

makan secukupnya

1. Tidak Makan Dengan Secukupnya

Berat badan anda hanya mengikut suatu formula yang mudah iaitu berapa banyak kadar kalori yang masuk ke dalam badan ditolak dengan berapa banyak bilangan kalori yang dikeluarkan dari badan.

Namun ia tidak semudah dengan anda berlapar untuk berdiet.

Asas kepada pengurangan berat badan untuk jangkamasa panjang adalah untuk membina otot. Namun ia tidak akan terjadi jika anda tidak memberi nutrisi yang secukupnya untuk memulakan proses tersebut.

makanan lemak

2. Tidak Mengambil Makanan Berlemak

Mengambil makanan berlemak tidak semestinya menyebabkan anda mengalami masalah kegemukan.

Jika anda ingin menghilangkan berat badan secara menyeluruh,  anda boleh mengurangkan pengambilan makanan berlemak namun tidak langsung mengambil makanan berlemak adalah suatu kesalahan yang besar.

Tanpa ia ni akan membantutkan proses pengeluaran hormon yang memberitahu tubuh anda untuk menukarkan protein kepada otot, iaitu cara terbaik untuk membakar semua lemak berlebihan.

makan lewat

3. Makan Terlalu Banyak Pada Lewat Waktu

Anda mungkin pernah mengalami masalah ketika anda bangun lewat dan mengabaikan sarapan dan perjumpaan saat-saat akhir ketika waktu makan tengahari boleh menyebabkan anda makan lebih banyak pada lewat waktu.

Namun begitu ini menyebabkan lebihan karbohidrat di dalam badan anda gagal untuk dibakar sepenuhnya kerana anda telah makan berlebihan pada akhir setiap waktu makan dan mengganggu masa untuk makan tersebut menghadam sepenuhnya.

Utamakan sarapan anda dan seterusnya makan tengahari dan mengurangkan makan malam untuk membantu tubuh anda membina otot bukannya menghasilkan lemak.

karbohidrat

4. Tidak Mengambil Karbohidrat

Secara realistiknya, anda hanya perlu mengurangkan sedikit pengambilan karbohidrat dalam menu diet anda. Terutamanya jika karbohidrat itu bersifat makanan yang bergoreng.

Namun jika anda mengamalkan pengambilan makanan yang bebas karbohidrat ia tidak akan membantu dalam pengurangan berat anda. Ini kerana percubaan ini seperti membiarkan tubuh ana tanpa keperluan sebelum dan selepas senaman.

laktosa dan gluten

5. Amalan Makanan Bebas Laktosa Dan Gluten

Jika anda tidak dapat memproses gluten dan laktosa sudah tentu tubuh anda akan lebih menghargainya jika anda tidak membuang secara sepenuhnya keperluan tersebut dari diet anda.

Namun jika anda merubah amalan pemakanan anda kepada makanan yang bebas dari kedua-dua bahan tersebut maka lupakanlah untuk menjangka apa-apa perubahan pada skala berat anda nanti.