Adakah Gula Sama Bahaya Dengan Merokok?


- 23 Aug 16
View 325 : Today 1
rokok dan gula

Hakikatnya, gula adalah lebih murah dari keropok yang sering kita boleh dapati di luar dan juga merupakan penyumbang nombor satu kepada masalah obesiti seluruh dunia.

Advertisement

makanan bergula

Sumber-Sumber Berkaitan

Banyak laporan yang berkaitan bagaimana pengambilan gula secara berlebihan boleh menjadikan badan anda terdedah kepada penyakit-penyakit berbahaya seperti tekanan darah tinggi, penyakit jantung, kerosakan hati, hypertension, diabetes dan kerosakan gigi.

Terbaru kajian juga ada mendedahkan tentang penyelidikan menggunakan tikus di dalam makmal di mana mereka lebih memilih gula berbanding dadah jenis kokain walaupun mereka ketika itu telah pun ketagih kepada kokain.

tikus tertarik dengan gula

Fakta Yang Didapati

Terlalu banyak kandungan gula di dalam diet anda bermakna anda telah mengambil terlalu banyak kalori, yang mana boleh mengakibatkan pertambahan berat badan.

Ia boleh menyebabkan tubuh anda lebih cenderung untuk terdedah kepada penyakit-penyakit berhaya seperti yang telah disenaraikan di atas.

Namun masih tiada bukti mengenai adakah kita perlu mengelakkan gula secara menyeluruh di dalam diet kita. Kita tidak perlu risau mengenai gula yang terdapat di dalam barangan tenusu, buah-buahan dan juga sayuran, namun kita perlulah dengan bijak mengurangkan pengambilan gula tambahan di dalam makanan.

Orang dewasa haruslah mengambil tidak lebih dari 30 gram gula dalam diet pemakanan harian mereka.

Hakikatnya ya, gula sememangnya bertindak sama bahayanya dengan rokok.

Advertisement