10 Tips Travel Ke Guangzhou

Guangzhou adalah syurga borong. Sebut sahaja apa barangnya, ini adalah kawasan spesifiknya:

  • Nan Fang Da Sha – barang-barang elektronik & handphone
  • Baiyun World Leather – handbag bermacam-macam gred
  • Zhong Da – kain-kain & tekstil
  • Onelink Plaza – cenderahati & mainan
  • Kids City – pakaian kanak-kanak
  • Yang Jiang Dong Lu – cadar
  • Nantian Road – barang2 hardware
  • Beijing Lu – pasar malam
  • Shangxiajiu Lu – pasar malam moden

1. Di Airport: Andai nak naik teksi, terus tuju ke kawasan teksi hijau. Abaikan ulat2 selagi belum bertemu teksi hijau.

2. Masa shopping: Sebaik-baik masa untuk bershopping adalah awal pagi, seawal kedai dibuka lebih kurang jam 10am. Andai dah pulang ke hotel pada waktu tengahari, anda akan sukar mendapatkan teksi semula untuk ke kawasan shopping terutama pada waktu petang selepas jam 3pm. Dari satu kawasan ke kawasan lain pun agak sukar utk mendapatkan teksi.

3. Bahasa: Kalau ingin mendapatkan teksi, sila pastikan kawasan atau jalan yang hendak dituju ditulis dalam Bahasa Cina. Pemandu teksi disana ramai yang tak faham bahasa rumi.

4. Bekalan makanan: Cuba bawa bekalan biskut atau roti atau apa saja yang boleh dikunyah utk lapik perut sebab belum tentu sepanjang perjalanan akan jumpa kedai makanan halal.

5. Bahasa Mandarin: Satu kelebihan yang sangat menguntungkan andai boleh berbahasa Mandarin.. Harga beza! Memang berbeza! Oleh kerana harga yg berbeza, ada yang mengupah jurubahasa ketika berborong!

6. Ulat: Semasa bershopping atau berjalan2 kemungkinan akan ada “ulat” yang menghampiri menawarkan barang-barang branded gred AAAA pada harga murah dan mereka akan membawa kita ke tempat yang agak terpencil.. kalau memang berminat silakan dan sila tawar gila2!

7. Skuter roda tiga: Pesan orang, andai mahu naik skuter roda tiga yang dijamin lebih cepat sampai terutama pada waktu petang (jem di sana boleh tahan jugak!)

8. Kuasa membeli: Kalau sekadar nak beli sehelai baju kanak-kanak tak perlulah ke Kids Plaza.. Beli sahaja kat mana yg jumpa.

9. Metro: ada 9 line Subway Metro di sana dan memang sangat menjimatkan berbanding teksi tapi kena tengok betul-betul line yang mana satu dan pintu keluar yang mana satu.

10.Bateri: Pastikan tiada bateri dalam luggage bag anda. Kalau beli handphone atau jam tangan atau power bank atau apa sahaja yang mempunyai bateri, keluarkan bateri tersebut atau lebih mudah masukkan barang tersebut dalam hand luggage/ beg tangan anda sebelum check-in.

Harap artikel ini membantu anda untuk rancang perjalanan anda berjalan dengan baik.