Kulit : Organ Terbesar Tubuh


- 23 Aug 16
View 302 : Today 1

Kulit adalah organ terbesar manusia, meliputi seluruh badan dan menyimpan 20% air dalam badan. Ia penuh dengan lipid dan protein untuk memastikan kulit anda sihat dan lembap, dan kulit mempunyai fungsi perlindungan kesihatan yang penting seperti melindungi diri kita daripada jangkitan dan membantu mengurangkan suhu kita.

Advertisement

Jadi, jagalah kulit anda kerana banyak perkara yang telah ia lakukan berbanding apa yang anda fikirkan!


securedownload1

Ia sesuatu yang kerap kali kita abaikan, tetapi kulit kita mempunyai empat fungsi perlindungan kesihatan, semuanya untuk membantu kita kekal sihat dan melindungi daripada bahaya.

 

1. Perlindungan

Kulit anda adalah barisan perlindungan pertama dari dunia luar dan berfungsi sebagai lapisan pelindung tubuh. Ia adalah ‘penapis semula jadi’ efektif terhadap jangkitan dan bakteria yang tidak diinginkan.

 

2. Pengurangan suhu

Kulit anda amat penting kerana ia memastikan tubuh berada pada suhu optimum 37°C dan melindungi anda daripada panas dan kesejukan melampau.

Apabila anda panas, saluran darah berkembang di bawah kulit dan tubuh akan berpeluh untuk menurunkan suhu anda.

Sebaliknya apabila sejuk, saluran darah di bawah kulit akan mengecut untuk mengurangkan aliran darah bagi mengekalkan suhu utama dengan mengurangkan kehilangan haba.

 

3. Mekanisme pertahanan

Kulit bekerjasama dengan sistem imunisasi dan boleh mengenalpasti agen berjangkit untuk menghidupkan daya tahan semula jadi tubuh anda.

 

4. Sentuhan dan Rasa

Kulit mempunyai jutaan hujung deria yang sangat sensitif, ia membolehkan anda merasa haba, hangat dan sejuk malah anda juga boleh merasa apa yang ada di atas kulit anda.

Hujung deria ini menghantar mesej kepada otak anda untuk melindungi tubuh daripada bahaya malah anda juga boleh merasai apa yang sedang berlaku di sekeliling anda.


Man singing in shower

Bagaimana Dettol Membantu Mengekalkan Kesihatan Kulit Anda?

Penjagaan kebersihan peribadi dan tangan memainkan peranan penting untuk menghalang penyebaran penyakit dan jangkitan.

Kesihatan peribadi yang teruk boleh menyebabkan jangkitan, masalah kulit, bau busuk dan bakteria atau jangkitan kulit lain.

Kulit adalah daya pertahanan pertama kita dari dunia luar, dan dengan mengekalkan kebersihan dan kelembapan kulit, fungsi pertahanan ini akan sentiasa ada dan kesihatan dan penampilan kulit akan sentiasa berada dalam keadaan baik.

Advertisement