5 Snek Yang Berkhasiat Untuk Mereka Yang Sedang Lapar

Mengambil makanan berbentuk snek sepatutnya boleh mengenyangkan perut anda. Sesetengah makanan cukup hebat dalam membantu anda untuk mengurangkan pengambilan makanan kerana mengandungi nutrisi spesifik, rasa yang enak dan bentuk yang anda ambil.

Apabila perut anda memberi isyarat bahawa ini adalah masa untuk snek, anda boleh lihat 5 jenis snek sihat yang berikut yang patut anda ambil.

Di sini juga anda boleh mendapat informasi mengenai lebih snek yang boleh membantu mengenyangkan perut anda tanpa mengganggu saiz pinggang anda.

kraker avocado

1. Hirisan Avicado Pada Kraker Serat

Snek seperti ini padat dengan dua bentuk khasiat yang sesuai untuk mengenyangkan perut.

Jika anda tidak gemar memakan avocado begitu saja, anda boleh menghirisnya kemudian meletakkan hirisan tersebut pada kraker “crispbread” yang rangup.

Tahap tinggi serat yang dikandungi oleh hidangan tersebut hanyalah 60 kalori untuk 2 keping kraker.

popcorn parmesan

2. Bertih Jagung Ditabur Parmesan

Jika anda adalah penggemar keropok kentang, anda boleh kini beralih pada bertih jagung yang dilaporkan boleh mengurangkan rasa lapar dan lebih mengenyangkan berbanding mereka yang kerap mengambil keropok kentang.

Beli bertih jagung asli tanpa perasa dan taburkan dengan keju parmesan sebagai bahan perasa. Ia boleh memberikan anda rasa kenyang yang agak lama.

epal merah

3. Epal Merah

Snek yang mudah adakalanya boleh menjadi snek yang terbaik untuk anda. Mengambil buah epal merah adalah baik untuk anda mengatasi rasa lapar setelah makan.

Epal merah adalah sumber serat yang baik, makanan yang pejal adalah lebih baik dari yang berasaskan air. Mengambil buah epal memerlukan anda untuk mengunyah, di mana ia adalah salah satu faktor yang menimbulkan rasa kenyang pada anda.

susu kocak whey

4. Susu Kocak Whey

Jika anda akan pergi ke gimnasium untuk bersenam dalam satu hingga ke dua jam, ingatlah untuk mengambil minuman protein berasaskan whey.

Ia adalah sangat bagus dalam mengenyangkan anda untuk jangkamasa yang lama.

coklat gelap dan kacang

5. Coklat Gelap Dan Kacang

Ini sesuai pada ketika anda benar-benar memerlukan makanan manis sebagai pencuci mulut. Coklat gelap mempunyai rasa yang lebih pekat dan dihadamkan oleh perut dengan lebih perlahan.

Jika anda perhatikan jumlah coklat ini agak banyak dan kalorinya juga cukup tinggi. Oleh itu makan ia bersama kacang merupakan idea yang baik untuk menikmati pencuci mulut yang sihat.