5 Makanan Alternatif Yang Boleh Mengelakkan Masalah Mati Pucuk

Buah-buahan dan wain merah adalah dua makanan yang boleh membantu menangani masalah mati pucuk.

Masalah mati pucuk biasanya terjadi kerana tidak mempunyai bekalan darah yang secukupnya mengalir kepada zakar, jadi memilih makanan yang baik untuk sistem vaskular anda juga dikatakan boleh membantu mencegah ED.

Maaf, para lelaki di luar sana, tidak ada makanan ajaib yang boleh mengelakkan masalah mati pucuk. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa bukti bahawa ada makanan tertentu yang dikatakan boleh membantu.

Lima makanan utama yang harus anda utamakan pengambilannya adalah tiram, pistachio, coklat gelap, tembikai dan tomato.

coklat gelap

1. Flavonoid Di Dalam Coklat Gelap

Flavonoid yang terkandung di dalam coklat gelap dikatakan boleh meningkatkan operasi aliran darah dengan lebih efisyen.

Ini adalah cukup baik untuk merawat masalah mati pucuk yang disebabkan oleh aliran darah yang tidak normal pada zakar anda.

pistachio

2. Protein Dalam Pistachio

Kajian terbaru membuktikan lelaki yang mengalami masalah mati pucuk apabila mengambil beberapa kacang pistachio, mereka akan mendapati perubahan yang cukup ketara pada zakar mereka.

Protein arginine yang terkandung di dalam pistachio tersebut berkeupayaan untuk melegakan salur darah dengan berkesan.

tiram

3. Zink Dalam Tiram

Salah satu sebab mungkin kerana tiram mengandungi tahap zink mineral, yang memainkan peranan penting dalam pengeluaran hormon testosteron lelaki.

Dalam kebanyakan kes, paras hormon rendah boleh menjadi salah satu sebab untuk anda mengalami masalah mati pucuk.

tembikai

4. Anti-Oksida Dalam Tembikai

Beberapa kajian menunjukkan bahawa tembikai mungkin mempunyai kesan yang sama ke atas masalah mati pucuk seperti ubat Viagra dan juga boleh meningkatkan keinginan seks.

Tembikai cukup kaya dengan bahan-bahan berfaedah dikenali sebagai fitonutrien. Ia bertindak sebagai antioksida yang melegakan saluran darah untuk mengekalkan ereksi.

tomato

5. Lycopene Dalam Tomato

Lycopene adalah salah satu fitonutrien yang baik untuk membantu melancarkan peredaran dan baik untuk menangani masalah berkenaan isu-isu seksual.

Penyelidikan juga membuktikan bahawa antioksidan seperti lycopene membantu melawan masalah kemandulan dan kanser prostat.