4 Cara Yang Paling Licik Untuk Membuat Orang Melakukan Apa Sahaja

Cuba bayangkan kehidupan di mana majikan anda dengan begitu mudah memberikan anda kenaikan apabila diminta, memaksa teman baik anda untuk membantu mengeluarkan perabot usang dari rumah anda dan anda boleh membeli barang yang anda mahu dengan separuh harga.

Belajar di sini bagaimana untuk benar-benar memanfaatkan kuasa pujukan dan anda boleh meminta orang di sekeliling anda untuk melakukan apa sahaja yang anda mahu.

Mari kita lihat beberapa kaedah untuk anda menggunakan teknik pujukan ini dengan berkesan.

rasa bersalah

1. Manfaatkan Rasa Bersalah Mereka

Ia adalah sungguh janggal untuk menolak permintaan seseorang – terutama sekali apa dia telah dua kali meminta anda untuk melakukannya.

Kerana itulah ramai yang cenderung untuk mengatakan ya apabila diminta melakukan sesuatu setelah menolak untuk berbuat demikian pada kali sebelumnya.

ayat ajaib

2. Gunakan Ayat Ajaib Ini

Jika anda ingin membawa rakan anda untuk mencuba sebuah restoran yang lain daripada kebiasaan, ajakan anda itu perlu diikuti oleh perkataan “inginkah”.

Ia merupakan salah satu perkataan yang boleh merubah cara orang lain untuk memberi maklumbalas terhadap ajakan anda tadi.

jadikan ia peribadi

3. Jadikan Ia Sesuatu Yang Peribadi

Adakah anda memerlukan bantuan dari rakan sekerja anda mengenai sesuatu tugasan? Tulislah nota pada dia dan buatkan ia seperti anda sedang meminta pertolongan yang benar-benar peribadi  dengan meletakkan namanya di atas dan nama anda di bawah.

Ini boleh memberikan anggapan bahawa anda benar-benar meminta pertolongan ini daripadanya dan bukan meminta dari sebarangan orang.

berunding tentang ganjaran

4. Gunakan Manfaat Yang Ada

Perkara terbaik yang harus anda gunakan setiap kali anda berunding dengan rakan anda mengenai sesuatu adalah dengan memberi lebih fokus kepada apa yang rakan anda itu inginkan dan apa yang mereka dapat dari membantu anda.

Keadaan yang agak sama iaitu apabila anda berunding dengan pembeli berpotensi, anda harus memberitahu apa yang dia akan dapat daripada tawaran ini berbanding apa yang dia perlu korbankan.