5 Perkara Yang Tidak Disangka Boleh Menyebabkan Mulut Anda Berbau

Nafas berbau merupakan satu masalah yang kerap dihadapi oleh kaum lelaki. Anda tidak akan mengetahuinya selagi tiada orang yang menegur mengenainya.

Masalahnya adalah, gusi hanya menyorokkan sebab sebenar nafas anda berbau. Anda harus mencari punca yang kadangkala amat sukar untuk dibuat.

Contohnya gingivitis, jika anda memiliki masalah ini anda tentu akan mengalami gejala seperti gusi bengkak dan berdarah.

Jangan sesekali mengabaikan 5 sebab berikut yang seringkali boleh menyebabkan nafas anda berbau.

ubat tertentu

1. Mengambil Sesetengah Ubat-Ubatan

Ubat-ubatan untuk merawat darah tinggi kebiasaannya akan meninggalkan kesan sampingan yang boleh menjejaskan gigi anda.

Ini boleh menyebabkan nafas anda berbau kerana air liur membantu membersihkan partikel makanan dari mulut anda semakin menghilang.

anda lapar

2. Anda Lapar

Anda terlalu sibuk hingga anda meninggalkan waktu makan anda?

Dengan makan, ia membantu anda untuk mebersihkan air liur di dalam mulut anda. Tanpa makanan, mulut anda akan kekeringan dan terdedah kepada nafas berbau.

infeksi mulut

3. Mempunyai Infeksi Pada Mulut

Infeksi pada mulut bermaksud anda akan mempunyai banyak bakteria yang mana ia boleh membebaskan bau nafas yang kurang enak.

Jika anda mendapati anda memiliki gejala masalah gusi, maka lebih baik untuk anda bertemu doktor gigi dan mengamalkan kebersihan mulut.

cara flos salah

4. Cara Memberus Dan Flos Yang Salah

Kebanyakan daripada kita mengamalkan cara memberus dan flos yang salah – ini boleh menyebabkan sisa makanan berkumpul di situ

Flos gigi juga adalah penting kerana hanya dengan memberus tidak mampu untuk menghilangkan sisa-sisa makanan yang terkumpul di celah-celah gigi.

lidah tak bersih

5. Mengabaikan Kebersihan Lidah

Gigi anda bukanlah satu-satunya yang memerlukan untuk dibersihkan.

Bakteria berselerakan di seluruh tempat di dalam mulut kita termasuk pada lidah. Namun begitu berhati-hati ketika membersihkan lidah anda, tidak perlu untuk anda memberus dengan terlalu kuat.