Ramai Ibu Bapa Tak Percaya Anak Pernah Lakukan Seks

Pasti ramai yang terkejut dengan kenyataan yang kami keluarkan ini. Ya, memang betul bahawa ramai ibu bapa yang tidak percaya bahawa anak-anak mereka pernah melakukan hubungan seks dengan rakan-rakan sendiri.

Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa Dalam Pendidikan Melaka (Magpie), Mak Chee Kin, berkata, perkara tersebut mungkin tidak diduga oleh ibu bapa kerana kelakuan anak-anak sentiasa baik di hadapan mereka.

Katanya anak-anak muda mungkin berkelakuan baik di rumah kerana kawalan ketat oleh ibu bapa mereka “tetapi perlakuan mereka berbeza ketika di luar

Sehubungan itu beliau menasihatkan supaya ibu bapa terlibat dalam mendidik anak-anak mereka khususnya mengenai peruntukan undang-undang dalam kes rogol.

Sebelum ini akhbar The Star melaporkan, sekurang-kurangnya 51 peratus kes rogol yang berlaku dalam tempoh tiga tahun lalu melibatkan hubungan seks dengan kanak-kanak.

Seksyen 375 (G) Kanun Keseksaan menyatakan bahawa hubungan seks dengan seseorang di bawah 16 tahun dianggap rogol (sama ada dengan atau tanpa izinnya).

“Ibu bapa perlu memperuntukkan masa untuk memantau anak-anak dan rakan-rakan mereka,” katanya.

Ketua Polis Melaka, Timbalan Komisioner Datuk Wira Chuah Ghee Lye berkata ramai pesalah muda tidak menyedari akibatnya.

“Pihak-pihak berkepentingan perlu mengkaji mekanisme untuk mendidik golongan muda mengenai jenayah rogol,” katanya.

 

Sumber