Bagaimana Hendak Memperbaiki Hubungan Yang Ketiadaan Seks

Walaupun bertemujanji adalah sesuatu yang cukup menyeronokkan, perhubungan tanpa seks boleh mengganggu sesetengah pasangan seperti awan hitam yang datang dari arah yang tidak diketahui.

Tidak kira bagaimana bahagia pun kelihatan sesetengah pasangan itu, mereka pasti akan melalui tahap di mana perhubugan mereka akan sepi dari hubungan seks. Kemungkinan ini terjadi kerana pelbagai stereotaip yang biasa kita lihat.

Biarpun ia kerana perubahan mood mahupun apa sahaja masalah yang mempengaruhi pasangan itu, hubungan tanpa seks perlu diperbaiki untuk mengelakkan ia jadi lebih teruk lagi.

Berikut adalah beberapa kaedah yang anda boleh cuba untuk membantu memperbaiki hubungan anda yang kekurangan seks.

doktor bahagian perhubungan

1. Dapatkan Khidmat Dari Doktor

Jika anda mula mendapati cara anda melayan buah hati anda sama seperti layanan anda terhadap rakan-rakan anda, itu menunjukkan tanda-tanda seseuatu perlu berubah.

Anda boleh pergi ke klinik untuk diperiksa oleh doktor sekiranya sikap anda ini berpunca daripada penyakit kemurungan, keletihan, tekanan ataupun apa yang tidak mampu untuk anda lihat melalui mata kasar.

dedikasikan masa dengan pasangan

2. Dedikasikan Masa Untuk Hubungan Anda

Ubah gaya hidup anda ketika bekerja dan juga ketika bercuti. Sediakan satu jadual seks kerana jika anda telah tetapkan hari-hari tertentu sebagai hari bertemujanji, ia boleh membantu menghangatkan kembali kehidupan seks anda.

Berasmara juga boleh dipraktikkan dengan berjadual kerana ia boleh dianggap sebagai latihan. Ia boleh merubah keadaan dengan sekelip mata.

luangkan masa bercinta

3. Dedikasikan Masa Untuk Bercinta Setiap Hari

Lebih banyak sentuhan yang anda lakukan kepada pasangan anda maka lebih tinggi peluang untuk anda menghabiskan masa di bilik tidur.

Hubungan tanpa seks terjadi apabila kedua-dua antara anda berhenti dari mencuba apa yang perlu. Dengan hanya melakukan sedikit usaha, segalanya boleh menjadi lebih baik.

bercakap dengan seseorang

4. Bercakap Dengan Seseorang

Tidak perlu risau jika perlu bertemu dengan kaunselor mengenai masalah perhubungan anda kerana menceritakan masalah kepada seseorang memudahkan anda untuk mencari jalan penyelesaian.

Sesetengah msalah sebenarnya begitu mudah untuk diselesaikan jika adanya komunikasi antara pasangan dengan pihak tertentu. Tidak ada yang perlu untuk dimalukan mendapatkan nasihat seks dari pakar yang berkenaan.