5 Perkara Yang Akan Terjadi Apabila Anda Berhenti Melakukan Seks


- 29 Aug 16
View 8,039 : Today 1
berhenti lakukan seks

Ada pelbagai sebab mengapa kehidupan seks ada kembali menjadi tepu. Ada yang disebabkan oleh terlalu banyak tekanan kerja, selalu berpindah dan melalui waktu perpisahan yang sukar.

Advertisement

Ia seperti meruntuhkan binaan pertama Domino, ketiadaan seks boleh sedikit sebanyak mempengaruhi dan menjejaskan kehidupan anda dalam pelbagai cara untuk jangkamasa panjang.

Berikut adalah lima perkara yang bakal terjadi jika anda berhenti melakukan hubungan seks.

lelaki gelisah

1. Anda Akan Berasa Lebih Gelisah

Seks membantu anda untuk melepaskan segala bentuk tekanan dari badan anda. Mereka yang tidak melakukan hubungan seks dengan pasangan mempunyai masalah dalam menyesuaikan diri untuk menyelesaikan masalah dan konfliks peribadi mereka.

Ketika melakukan hubungan seks minda anda akan membebaskan kimia yang membuatkan ada berasa lebih hebat.

kanser prostat

2. Risiko Kanser Prostat Meningkat

Lelaki yang berhenti mengadakan hubungan seks akan terlepas kebaikan yang didapati dalam membantu melindungi prostat mereka.

Kajian turut mendapati mereka yang kerap melakukan hubungan seks dan menikmatinya akan mengalami kurang risiko untuk mendapat kanser prostat.

Sebabnya adalah jika anda memancutkan air mani ia boleh mengeluarkan bahan-bahan asing yang berkumpul di dalam prostat anda.

lelaki demam

3. Mudah Dijangkiti Demam Dan Selsema

Paling malang adalah apabila anda kurang mengadakan hubungan seks, anda akan terlepas segala kebaikan yang membantu tubuh anda untuk melawan penyakit pada setiap hari.

Kajian mendapati mereka yang mengadakan hubungan seks secara tetap akan menikmati khasiat dari immunoglobulin (IgA) sebanyak 30% lebih banyak dari mereka yang tidak melakukannya. IgA adalah bahan pertama yang menghalang tubuh kita dari serangan penyakit.

ragu pada isteri

4. Perasaan Ragu Dalam Perhubungan

Jarang melakukan seks boleh menyebabkan anda mula berasa ragu-ragu terhadap perhubungan anda.

Ini adalah kerana salah seorang daripada anda akan mulai curiga bahawa pasangan anda akan curang di belakang anda untuk mencari kepuasan seks. Seks merupakan salah satu daripada ekspresi kehidupan berumahtangga yang bahagia.

mati pucuk

5. Meningkat Risiko Mati Pucuk

Lelaki yang sering melakukan hubungan seks mempunyai kebarangkalian yang sangat kurang untuk menghadapi masalah mati pucuk daripada lelaki yang kerap melakukan seks.

Zakar juga adalah sebahagian daripada otot anda dan jika ia jarang digunakan ia juga boleh menyebabkan impoten.

Advertisement