Anda Takkan Kurus Jika Masih Amalkan Tabiat Buruk Ini

Macam-macam cara dah cuba tapi masih tak kurus-kurus. Apa puncanya? Cuba perhatikan rutin dan tabiat yang anda lakukan setiap hari, bagus ke untuk diri anda?

 

Kena tahu 6 tabiat buruk atau kesalahan yang anda perlu elakkan kalau betul-betul nak kurus!

 

1. Banyak makan makanan masin & berlemak

Makanan berlemak yang terkumpul akan menjadi lemak degil. Garam boleh akibatkan hipertensi dan cecair terkumpul dalam badan. Tu yang buatkan berat badan anda susah nak turun.
[Baca – Tips Kurus Secara Semulajadi Dengan Buah Kurma]

 

2. Selalu stres

Hormon kortisol yang keluar ketika stres akan merangsang nafsu makan, melambatkan metabolisme dan buatkan lemak terkumpul pada perut. Jauhi diri anda dari tekanan.
[Baca – Tips Hilangkan Sakit Kepala & Migrain Dengan Ais]

 

3. Sering berjaga malam

Kajian mendapati, kurang tidur meningkatkan hormon rasa lapar dan menurunkan hormon rasa kenyang. Kajian juga membuktikan, tidur kurang dari 4 jam sehari akan menyebabkan obesiti.

 

4. Tidak makan di meja makan

Makan sambil menonton TV dan sambil menaip di komputer buatkan anda tidak menikmati makanan dengan baik. Akhirnya, ia buatkan anda rasa lapar lagi walaupun anda dah makan.

 

5. Kurang bergerak

Sambil bekerja, lakukan senaman ringan seperti regangan kaki dan tangan. Ambil masa selama lima minit setiap satu jam. Ia mampu membakar kalori daripada duduk diam je tak buat apa.
[Baca – Kebaikan & Contoh Latihan Kardio]

 

6. Tidak ambil produk tenusu

Yogurt bebas lemak, keju atau susu rendah lemak mampu mengusir 70 peratus lemak dari tubuh. Kalsium daripada susu mampu membakar lebihan lemak pada tubuh.

 

Baca juga – Resipi Air Detox Untuk Kurangkan Berat Badan

 

Sumber