Hati-Hati Bila Mengembara Di Luar Negara, Takut Termakan Daging Babi

Pada awal tahun ini Indonesia gempar dengan sekeping gambar yang memaparkan seorang wanita berhijab makan di gerai yang menjual makanan berasaskan babi di Mangga Dua Mall, Jakarta Barat. Terpampang jelas perkataan yang membawa maksud babi di papan tanda kedai tetapi ia adalah perkataan yang tidak biasa didengari oleh sesetengah kaum yang lain. Nama gerai itu ialah Siomay Cu-Nyuk.

daging-babi

Maka, sekeping gambar itu telah membuatkan netizen berang dan mendakwa penjual tidak bertanggungjawab apabila sengaja tidak memaklumkan kepada pelanggan yang tidak sepatutnya berada di gerai tersebut kerana faktor pemakanan mengikut agama.

Susulan kejadian itu, pekedai ditemubual dan memaklumkan dia telah memberitahu kepada pelanggan yang mempunyai ciri-ciri Muslim tidak boleh membeli produk makanannya kerana mengandungi babi.

daging-babi-1

Maka, adalah penting untuk mengetahui perkataan-perkataan lain yang membawa maksud babi di Indonesia. Lembaga Pengkajian Pangan, Obat-obatan dan Kosmetika Majelis Ulama Indonesia (LPPOM MUI) turut menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati membeli makanan terutama di tempat yang majoritinya bukan orang Islam bagi mengelakkan perkara yang seumpama ini berlaku.

Antara perkataan-perkataan lain tentang babi yang harus anda tahu bila mengembara luar negara :

  • Pig: babi, khususnya babi muda dengan berat kurang dari 50 kg
  • Pork: daging babi
  • Swine: istilah untuk seluruh spesies babi
  • Hog: babi dewasa dengan berat melebihi 50 kg
  • Boar: babi liar, babi hutan, atau celeng
  • Lard: lemak babi, biasa digunakan sebagai minyak untuk masakan atau kuih serta bahan sabun
  • Bacon: daging haiwan yang diasapi, terutama babi
  • Ham: daging peha babi
  • Sow: babi betina dewasa (jarang digunakan)
  • Sow milk: susu babi
  • Porcine: sesuatu yang berkaitan atau berasal dari babi
  • Bak: Daging babi dalam Bahasa Tiongkok. Misalnya bak kut teh dan bakkwa. Hati-hati, bakso dan bakpao pun biasa menggunakan daging babi.
  • Char siu, chashu, cha siu, char siew: Hidangan Kanton berupa daging BBQ.
  • Cu nyuk: Daging babi dalam Bahasa Khek/Hakka. Istilah ini digunakan dalam siomay dan bubur.
  • Rou: Babi dalam Bahasa Mandarin. Misalnya hongshao rou, rou jia mo, tuotuorou, yuxiangrousi.
  • Dwaeji: Daging babi dalam Bahasa Korea. Biasanya istilah ini digunakan sebagai varianbulgogi dan galbi.
  • Tonkatsu: Hidangan Jepun berupa ​irisan ​daging babi ​yang di​goreng ​dengan lapisan tepung panir​.
  • Tonkotsu: Hidangan Jepun berupa ramenberkuah putih keruh, terbuat dari tulang, lemak, dan kolagen babi yang direbus berjam-jam.
  • Butaniku: Sebutan untuk daging babi dalam bahasa Jepun.
  • Yakibuta: Hidangan Jepun mirip char siu, biasanya untuk topping ramen.
  • Nibuta: Hidangan babi berupa pundak babi yang dimasak perlahan dengan sedikit kuah.
  • B2: Sebutan untuk makanan berbahan daging babi di daerah Batak dan Yogyakarta.
  • Khinzir: Babi dalam Bahasa Arab dan Melayu
  • Mu, Nyuk/Yuk, Curou, Cha: Babi

 

sumber