6 Destinasi Menarik Percutian Bajet Di Asia

Ramai yang minat melancong ingin tahu tentang lokasi yang menarik di Asia dan mencari lokasi percutian bajet paling murah untuk mereka pilih.

Sedar atau tidak, ada banyak lokasi pelancongan di Asia yang boleh anda alami dengan hanya bajet murah sekitar RM500 untuk setiap seorang pada pakej 3 hari 2 malam.

Paling menarik, ada sesetengah pakej, anda boleh dapatkan Full Package dengan nilai RM500 setiap seorang jika kena dengan masanya.

 

Hat-Yai

1. Hatyai, Thailand

Mungkin ini antara lokasi destinasi pelancongan yang terawal selalu dikunjungi oleh rakyat Malaysia dari sempadan Perlis atau Kelantan. Kalau dulu, Hatyai antara lokasi paling popular dikalangan rakyat Malaysia kerana ia boleh dihubungi terus menggunakan lebuhraya dari Malaysia. Kini bila ada pilihan penerbangan, destinasi Hatyai semakin berkurangan. Namun, Hatyai masih mendapat tempat di hati pelancong Malaysia.

Penginapan

Untuk hotel bajet dan juga backpakers di sekitar Hatyai, anda boleh dapatkan dengan harga serendah RM20. Untuk lebih selesa, masih lagi berbaloi jika dapatkan bilik yang berharga RM100 semalam untuk anda sekeluarga.

Makan

Memandangkan Hatyai masih lagi berdekatan dengan masyarakat Muslim Thai, ada banyak restoran Halal di Hatyai. Ada restoran halal di sini menjadi restoran popular dan tumpuan ramai kerana kesedapan masakan mereka. Pasal makan, jangan risau di Hatyai, masih murah dan dibawah bajet RM500 untuk seorang (3H2M)

Singapore

2. Singapura

Kota metropolitan dan bersebelahan dengan Malaysia ini antara satu lokasi wajib anda singgah. Memang dari segi pertukaran wang asing, nilai mereka lebih tinggi lebih 2 kali ganda dari matawang Malaysia, namun masih ada cara untuk melancong ke Singapura dengan kos bawah RM500. Lokasi tarikan di Singapura juga senang akses dan ad kemudahan LRT.

Penginapan

Paling jimat kalau anda sekadar mengindap di Hotel sekitar Johor Bahru dan menaiki bas menuju ke Singapura dan pulang di sebelah malam. Menginap di Tune Hotel, Danga Bay dengan kos hanya RM40 semalam dan menaiki Bas dari sana menuju Sentosa Island pergi dan balik cuma RM50 sahaja. Jimat kan?

Makan

Singapura masih mempunyai rakyat Melayu dan beragama Islam. Oleh sebab itu, masih banyak lokasi restoran halal di Singapura, tambah-tambah di Arab Street. Cuma, harga menu makanan di Singapura hampir 2 kali ganda mahal berbanding Malaysia, jadi anda perlu berjimat untuk berada di bawah kos RM500 untuk setiap seorang.

 

Kinabalu

3.Kota Kinabalu, Malaysia

Destinasi Kota Kinabalu ini memang menjadi tumpuan pelancong dari China, Taiwan, Jepun dan Korea kerana ia terletak berdekatan dengan negara-negara tersebut. Paling menarik kerana di Kota Kinabalu anda boleh dapatkan pengalaman dari laut, darat sehingga ke puncak tertinggi asia, Gunung Kinabalu.

Penginapan

Jika di sekitar bandar Kota Kinabalu, ada banyak hotel yang menyediakan pakej penginapan serendah RM50 semalam termasuk Tune Hotel. Jika anda memandu sehingga ke Taman Negara Kinabalu, anda boleh menginap di Homestay dan juga resort bajet dengan kos yang hampir sama, dengan syarat berkongsi dengan rakan-rakan.

Makanan

Kota Kinabalu adalah satu lokasi yang unik kerana ia berdekatan dengan laut dan juga hingga ke puncak gunung. Jadi anda boleh memilih untuk mencuba menu makanan laut yang segar dan murah di Kota Kinabalu Waterfront atau merasai Sup Sayur yang segar di puncak Kundasang.

Kuala-Lumpur

4. Kuala Lumpur, Malaysia

Ibu negara Malaysia ini sebenarnya menawarkan pelbagai tawaran produk pelancongan yang menarik di sekitarnya. Anda boleh ke Kuala Lumpur dengan mudah samada laluan penerbangan dan keretapi dari Singapura atau Thailand.

Penginapan

Anda boleh memilih untuk menginap di bajet hotel atau butik hotel sekitar Kuala Lumpur dengan hanya kos RM100 untuk semalam (atau RM50 semalam di Tune Hotel). Kemudahan LRT atau pengangkutan awam di Kuala Lumpur masih banyak dan anda boleh akses ke lokasi tumpuan seperti KLCC, Bukit Bintang, Tugu Negara, Muzium Negara dan lokasi tumpuan lain dengan mudah dan kos yang berpatutan.

Makanan

Di Kuala Lumpur tidak susah untuk mencari makanan samada makanan tempatan atau paling terkenal restoran Mamak 24 jam.

Krabi

5. Krabi, Thailand

Sememangnya Krabi mempunyai tarikan yang memang unik, lebih-lebih lagi tarikan pantai, laut dan juga pemandangan di sekitar pulau-pulau di Krabi. Kedudukannya yang terletak di Laut Andaman menjadikannya antara destinasi popular di Thailand. Anda boleh akses ke sini dengan menaiki penerbangan di lapangan terbang berdekatan.

Penginapan

Hotel bajet sekitar Krabi memang banyak dan anda boleh dapatkan bilik dorm serendah RM20 seorang bagi setiap malam atau dengan harga RM100 bagi setiap bilik dengan kondisi yang sangat selesa. Banyak, anda boleh cari dan tempah mengikut citarasa anda.

Makanan

Jika anda Muslim, di Krabi masih banyak lagi menu masakan Halal yang dijual sekitar pantai dan lokasi tarikan utama pelancong. Makanan ‘street food’ adalah antara yang popular di Krabi dan ia memang murah tetapi sedap.

Pulau-Pinang

6. Pulau Pinang, Malaysia

Pulau ini memang banyak tarikan dan ia semakin bertambah sejak akhir-akhir ini. Bermula dengan tarikan pantai, kemudian makanan dan kini perlbagai tarikan lain termasuk ‘art’ dan kawasan ‘heritage’ yang semakin mendapat perhatian

Penginapan

Walaupun Pulau Pinang antara lokasi percutian pilihan ramai pelancong dalam dan luar Malaysia, anda tidak perlu risau kerana masih banyak bajet hotel di Pulau Pinang dan masih boleh anda cari dengan kos sekitar RM100 untuk semalam. Pun begitu anda kena terima, banyak lokasi yang dalam lingkungan tersebut berada jauh sedikit dari pusat tumpuan bandar dan tarikan pelancong. Tetapi jangan risau kerana Pulau Pinang ini tidak lah sebesar mana dan anda boleh pusing di sini dalam masa hanya sehari.

Makan

Pulau Pinang (Penang) sekarang terkenal dengan pelbagai tarikan makanan yang menarik. Nasi Kandar, Pasembur, Nasi Beriyani, Kari Kepala Ikan, Rojak Penang dan macam-macam lagi. Anda boleh simpulkan menu masakan di Pulau Pinang banyak yang berkuah dan ber’kari’. Harga masih berbaloi dan anda masih boleh cuba dengan bajet bawah RM500 seorang.