5 Kelakuan Remeh Yang Buat Si Dia Rasa Dihargai

Si dia selalunya cukup menyukai barang kemas dan bunga. Namun kita percaya bahawa si dia akan lebih menyukai perkara-perkara kecil – seperti snek dan urutan ringan – terutamanya apabila si dia tidak menjangkakannya.

Berikut adalah beberapa kelakuan kecil yang boleh menyebabkan pasangan anda merasai kasih sayang anda itu.

sarapan bersama

1. Menyiapkan Sarapan Pagi

Sarapan atas katil kedengaran menarik pada waktu pagi kadangkala, oleh itu mungkin menyediakan sarapan pagi jauh dari dapur untuk si dia pada waktu pagi satu idea yang menarik.

Apa lagi yang lebih menarik daripada bangun pada pagi hari tanpa perlu untuk menuang bijirin sarapan ke dalam mangkuk anda seorang diri.

buat senarai

2. Buatkan Senarai Untuk Minggu Itu

Sesetengah minggu itu cukup teruk berbanding minggu yang lain.

Jika anda mengetahui pasangan anda mempunyai cabaran pada minggu yang berikutnya, tulislah 7 perkara anda sukan tentang si dia, 1 pada setiap hari.

membantu kerja

3. Mambantu Kerja Si Dia

Apakah yang si dia perlukan ketika ini? Adakah si dia seorang yang rajin memasak namun tidak mempunyai perkakasan dapur yang sesuai? Maka anda boleh membantu dengan menyediakan perkara yang si dia perlukan itu.

Ia akan membuatkan si dia berasa sangat dihargai dan boleh meringankan sedikit tugasnya di rumah.

memberi dorongan

4. Berikan Sedikit Dorongan

Jika isteri anda bakal membuat suatu pembentangan beberapa hari lagi, maka anda boleh membantu dengan memberikan dorongan kepadanya.

Mungkin anda boleh meninggalkan nota yang manis untuk dibacanya sebaik sebelum anda meninggalkan rumah untuk ke tempat kerja.

pandang sama sendiri

5. Abaikan Telefon Bimbit Anda

Tidak akan sesekali terjadi bahawa telefon bimbit anda itu lebih menarik utuk dilihat berbanding wajah si dia.

Tiada yang lebih menyeronokkan dalam hidup berpasangan selain boleh menikmati saat-saat untuk bertentangan mata.