Bahaya Asthma (Bahagian 1)

Asma adalah sejenis penyakit saluran penafasan yang kronik yang melibatkan saluran udara yang membawa udara masuk dan keluar dari paru-paru. Ia menyebabkan kekejangan dada dan sesak nafas yang dikenali sebagai ‘serangan atau episod asma’. Penyakit ini boleh membawa maut jika tidak dirawat atau dikawal dengan baik.

 

PENGENALAN

asthma_sp_May2015

Asma adalah ketidakaturan atau gangguan keradangan yang kronik yang melibatkan saluran udara. Saluran udara ini merupakan laluan bagi udara yang disedut untuk memasuki paru-paru.

Bagi penyakit asma, saluran udara yang mengalami keradangan adalah sangat sensitif bila terdedah kepada pelbagai ransangan atau “pencetus”.

Ia akan menjadi sempit, menyebabkan kesukaran untuk bernafas. Terdapat dua jenis asma: asma alahan dan bukan alahan. Seseorang itu berkemungkinan untuk mempunyai kedua-dua jenis asma ini.

1) Asma Alahan

583

Asma jenis ini juga dikenali sebagai Asma Ekstrinsik (luaran) atau Asma Atopik. Ia terhasil apabila berlakunya penyedutan bahan-bahan yang pada kebiasaannya tidak membahayakan individu yang sihat.

Hanya mereka yang alah atau alergik kepada bahan tersebut akan mendapat asma jenis ini. Contoh bahan-bahan tersebut termasuklah debunga, spora kulat, hama, bulu haiwan dan juga bahan alergen lain dalam makanan.

Asma jenis ini biasanya bermula sejak zaman kanak-kanak lagi. Asma alahan ini selalunya disertai dengan gangguan alahan-alahan lain seperti Dermatitis,Urtikaria dan Rinitis

2) Asma Bukan Alahan

asthma-training-7-638

Ia juga dikenali sebagai Asma Intrinsik (dalaman). Kaum wanita lebih mudah mendapat penyakit ini berbanding dengan kaum lelaki dan ia adalah kronik.

Cuaca sejuk, asap rokok, bau cat dan gasolin, infeksi atau jangkitan dan tekanan psikologi adalah antara faktor-faktor yang boleh mencetus atau memburukkan lagi keadaan asma jenis ini.

Serangan asma ini boleh berlaku dalam bentuk yang ringan sehingga kepada yang lebih teruk dan boleh berterusan dari beberapa minit hingga ke beberapa hari. Ia juga boleh berulang setiap beberapa jam.

 

Stage Asma

19375

  • Bagi serangan yang ringan dan berterusan, gejalanya muncul lebih dari dua kali dalam seminggu, tetapi bukan setiap hari.
  • Bagi serangan yang sederhana, individu yang terlibat akan mengalami gejala asma setiap hari.
  • Bagi serangan yang teruk, pesakit mempamerkan gejala yang bereterusan dan kerap.

 

Asas Saintifik

asthma

Sistem penafasan manusia membekalkan oksigen ke seluruh badan. Ia juga bertindak sebagai laluan untuk mengeluarkan gas karbon dioksida yang tidak diperlukan. Sistem respiratori> manusia terdiri daripada:

Hidung – sebagai pintu masuk udara persekitaran yang mengandungi oksigen dan juga sebagai pintu keluar bagi karbon dioksida.

Saluran Udara – berperanan sebagai laluan sebelum udara memasuki paru-paru dan selepas udara dibebaskan dari paru-paru. Saluran udara ini mengandungi banyak cabang yang dikenali sebagai bronkus dan bronkiul (bronkus yang lebih kecil).

Paru-paru – tempat di mana berlakunya pertukaran di antara oksigen yang disedut dengan karbon dioksida dari dalam darah.

Mereka yang menghidap asma memiliki saluran udara yang sangat sensitif dan mudah terdedah kepada pencetus asma tertentu. Semasa serangan asma berlaku, saluran udara mengalami beberapa perubahan, termasuklah:

• Bronkospasma (otot licin dari dinding bronkus mengalami kekejangan/ spasma)
• Penghasilan mukus yang berlebihan
• Keradangan atau inflamasi. Proses ini memburukkan lagi penyempitan saluran udara.

Perubahan ini mengurangkan pengaliran udara dan menghasil bunyi ronkus. Pengidap asma akan merasa seperti tercekik.

Mereka termengah-mengah untuk menyedut udara, tetapi apabila udara telah masuk ke paru-paru, udara ini akan terperangkap di sebalik mukus dan amat sukar untuk dihembus keluar.

Serangan asma boleh berlanjutan dari beberapa minit hingga ke beberapa jam bergantung kepada keterukan penyakit yang dihidapi

 

Sambungan : Bahaya Asthma (Bahagian 2)