Bahaya Asthma (Bahagian 3)

Artikel ini merupakan sambungan daripada “Bahaya Asthma Bahagian 2

 

PEMANTAUAN

Pemantauan di rumah memudahkan pesakit memantau keadaan Asma mereka setiap hari. Sejenis alat yang dipanggil Peak Flow Meter boleh digunakan untuk memeriksa fungsi paru-paru. Ia boleh memberitahu samada saluran udara tersebut sempit ataupun tidak.

Alat ini juga boleh memberitahu samada ubat diperlukan atau tidak, berpandukan kepada gejala pada hari tersebut.

Alat ini dapat mengukur kelajuan udara yang dihembus keluar dari paru-paru. Struktur asas alat ini terdiri daripada satu tiub bersama indikator yang boleh menggelongsor. Indikator ini bergerak di sepanjang skala pada tiub tersebut. Untuk menggunakan alat ini, pesakit hanya perlu menarik nafas sedalam yang mungkin dan hembuskan ke dalam tiub tersebut sekuat hati.

  • Asma anda berada dalam keadaan baik jika bacaan pada meter adalah di antara 80 – 100%
  • Jika bacaan anda di antara 50 – 80%, anda perlu berhati-hati kerana asma anda tidak dikawal dengan baik. Bersedialah dengan ubat sekiranya serangan yang mengejut terjadi.
  • Jika bacaan anda di bawah 50%, ambil ubat dan cuba hembus lagi. Jika bacaan masih tidak meningkat, jumpa doktor anda secepat mungkin.

 

doctor-and-boy-with-asthma

Ambil bacaan anda setiap pagi. Gunakan bacaan tersebut untuk menentukan aktiviti anda pada hari tersebut. Kemudian cuba gredkan sama ada gejala anda pada hari tersebut tiada, ringan, sederhana atau pun teruk.

Jika anda mengalami serangan Asma, cuba kenal pasti pencetusnya. Setelah anda merekodkan keadaan Asma anda selepas beberapa bulan, anda akan lebih maklum mengenai keadaan Asma anda.

Anda juga perlu bersedia apabila simptom anda muncul. Sediakan perkara-perkara di bawah:

  • Nombor telefon doktor anda
  • Nombor telefon pusat rawatan kecemasan yang terdekat
  • Preskripsi kecemasan untuk memudahkan anda memperolehi ubat-ubatan anda
  • Tahu cara untuk mengambil ubat dengan betul

 

KOMPLIKASI

management-of-bronchial-asthma-40-728

Seseorang individu yang menghidap asma lama kelamaan akan mengalami kesan jangka panjang jika penyakitnya tidak dikawal dengan betul. Kesan-kesan buruk yang mungkin berlaku termasuklah:

  • Keletihan bernafas

Pesakit akan mengalami kesukaran bernafas. Ini adalah disebabkan penyempitan saluran udara yang menyebabkan pesakit susah untuk menyedut udara. Lebih banyak tenaga diperlukan untuk bernafas, sehingga pesakit berasa letih.

  • Pneumotoraks

Satu keadaan di mana berlakunya pengumpulan udara yang berlebihan di bahagian-bahagian tertentu dalam paru-paru. Ini terjadi kerana penghidap asma menghadapi masalah untuk menghembus udara keluar. Ini menyebabkan lebihan udara terkumpul di dalam paru-paru. Lama-kelamaan, udara ini terkumpul dengan banyak menyebabkan berlakunya Pneumotoraks.

UJIAN-UJIAN

science_photo_library_rm_man_taking_lung_function_test

Jika anda disyaki menghidap asma, ujian-ujian ini akan dilakukan untuk mengesahkan Asma anda.

  • X-ray dada digunakan untuk memeriksa sebarang keabnormalan pada paru-paru.
  • Kiraan sel darah juga amat berguna untuk mengesan Asma. Ini kerana penghidap Asma mempunyai paras eosinofil yang tinggi. Eosinofil merupakan sejenis sel darah putih yang akan meningkat parasnya dalam keadaan alahan. Sel darah diperiksa di bawah mikroskop untuk mengesan kehadiran eosinofil. Peningkatan sel darah putih secara keseluruhan juga boleh menandakan kehadiran jangkitan yang boleh mencetuskan serangan Asma.
  • Ujian alahan pada kulit. Ujian ini adalah untuk memastikan kehadiran alahan pada seseorang individu. Ujian ini boleh mengesahkan kewujudan alergen-alergen yang mungkin menyebabkan tindakbalas alahan kepada pesakit tersebut.
  • Ujian-ujian tambahan seperti ujian fungsi pulmonari dan gas darah arteri juga boleh dijalankan untuk mengenalpasti fungsi paru-paru pesakit

 

PROGNOSIS

asthma-14-728

Asma adalah penyakit yang boleh membawa maut jika tidak dirawat. Namun begitu, jika ia dikawal dengan baik, penghidap Asma boleh menjalani kehidupan yang biasa seperti orang lain.

PENCEGAHAN

asthma-prevention-community-medicine-21-638

Perlu diingat bahawa kelegaan gejala Asma biasanya tidak datang dari ubat-ubatan. Ia datang dari pengenalpastian pencetus serangan Asma. Pesakit mesti belajar untuk mengenalpasti dan mengelak daripada pencetus, berjaga-jaga dengan sebarang keadaan atau bahan yang boleh memburukkan lagi Asma mereka serta mengambil ubat mengikut nasihat doktor.

 

Mengenalpasti serta mengelakkan pencetus

Asthma-Causes-Prevention

Setiap pesakit Asma mempunyai pencetus Asma yang berbeza. Pertama sekali anda perlu memahami pencetus Asma anda sebelum boleh mengelakkannya. Penghidap Asma alahan perlulah mengawal persekitaran di luar dan di dalam rumah.

Berikut merupakan petua untuk mengurangkan pencetus Asma di dalam rumah.

  • Bersihkan kawasan luar dan dalam rumah setiap hari untuk menghapuskan habuk.
  • Kurangkan hama dengan membasuh serta membersihkan tilam, alas tilam dan selimut, sekali seminggu.
  • Elakkan sebarang haiwan dari memasuki rumah anda jika anda alah dengan haiwan peliharaan.
  • Jangan benarkan orang merokok di dalam rumah anda.
  • Buangkan segala kulat yang dijumpai di rumah. Anda boleh membasmi kulat menggunakan peluntur
  • Peningkatan kelembapan di dalam rumah boleh menggalakkan pertumbuhan kulat dan hama. Biarkan sinaran matahari memasuki dalam rumah anda.

 

12073255-an-asthma-word-cloud-concept-with-terms-such-as-rx-breathe-air-medication-lungs-doctor-and-more

Berjaga-jaga dengan segala kemungkinan yang boleh memburukkan keadaan Asma anda. Jika anda menghidap Asma yang diaruh oleh senaman, rujuk kepada doktor anda sebelum memulakan sebarang program senaman.

Kemudian mulakan program anda secara perlahan-lahan bergantung kepada keadaan anda. Sewaktu bersenam, pastikan anda mengamalkan teknik pernafasan yang betul.

Adalah lebih elok jika anda bersenam di dalam rumah kerana anda boleh mengelakkan pencetus Asma dari kawasan persekitaran

  • Senaman penafasan adalah sejenis senaman yang disarankan untuk penghidap Asma. Senaman ini boleh membantu meningkatkan kapasiti paru-paru jika diamalkan selalu. Ia juga boleh membantu anda bertenang terutamanya dalam menangani serangan Asma.
  • Udara yang sejuk dan berkelembapan tinggi mampu mencetus serangan Asma. Penghidap Asma perlu mengelakkan diri daripada keluar rumah jika keadaan cuaca tidak mengizinkan. Jika anda perlu keluar dari rumah, lindungi hidung dan mulut anda dengan menggunakan kain atau topeng. Ini boleh membantu meningkatkan suhu udara.

Ambillah ubat-ubatan yang betul. Pendekatan yang berjaya dalam pengawalan Asma bergantung kepada penggunaan ubat anti-inflamasi dan bronkodilator dengan cekap. Pastikan anda mengambil ubat-ubat tersebut mengikut nasihat doktor.
10