Selfie Bakal Ganti Kata Laluan Untuk Kad Kredit


- 7 Jan 16
View 208 : Today 1

Syarikat perkhidmatan kad kredit antarabangsa MasterCard sedang dalam proses melaksanakan prosedur ‘tangkap gambar selfie’ bagi menggantikan penggunaan kata laluan.

Advertisement

Program itu adalah sebahagian daripada langkah MasterCard untuk mengurangkan penipuan.

MasterCard sedang mencuba teknologi baharu itu yang membenarkan pengguna mengesahkan pembelian dalam talian hanya dengan menggunakan gambar selfie dan bukannya kata laluan.

Gambar selfie ini akan dihantar ke server atau pelayan bank dan dibandingkan dengan gambar fail yang pernah diberikan oleh pengguna.

Sistem itu sedang dicuba oleh 500 pelanggan bagi membuktikan keberkesanannya.

Eksekutif inovasi MasterCard, Ajay Bhalla menyatakan langkah ini akan memudahkan pelanggan lantaran mereka tidak lagi perlu mengingati terlalu banyak kata laluan.

Generasi baharu sememangnya menggemari selfie, saya berpendapat mereka akan menerima baik program ini,” ujar Ajay.

Langkah MasterCard itu dilihat mengikuti Apple yang memperkenalkan imbasan cap jari untuk pembelian menerusi Apple Pay pada tahun 2013.

Pelaksanaan Apple Pay membuktikan pelanggan tidak keberatan untuk menggunakan biometrik bagi mengesahkan identiti.

Buat masa sekarang, pelanggan boleh menetapkan ‘Secure Code’ yang memerlukan kata laluan apabila membeli-belah dalam talian.

Langkah itu dapat menghalang pengodam daripada mencuri meklumat mengenai kredit kad.

Secure Code digunakan dalam lebih 3 bilion transaksi pada tahun lepas sahaja.

Advertisement