Penyakit Kencing Manis Yang Anda Perlu Tahu


- 9 Jan 16
View 18,969 : Today 1

Apa Itu Kencing Manis ?
Penyakit kencing manis ataupun Diabetes Melitus merupakan sejenis penyakit di mana kandungan glukosa yang tinggi dalam darah. Kencing manis merupakan salah satu daripada 10 penyakit pembunuh utama di Malaysia.

Advertisement

Di Malaysia, jumlah pesakit kencing manis kini mencecah 1.2 juta orang dengan catatan 650,000 kes baru setiap tahun. Kebanyakan pesakit tidak sedar mereka menghidap penyakit kronik ini hinggalah mengalami pelbagai gejala yang menjejaskan kualiti hidup.

km

Semua sel dalam tubuh manusia memerlukan gula agar dapat bekerja dengan normal. Gula dapat masuk ke dalam sel-sel tubuh dengan bantuan hormon insulin. Jika jumlah insulin dalam tubuh tidak mencukupi, atau jika sel-sel tubuh tidak memberikan respons terhadap insulin, maka akan terjadilah penumpukan gula di dalam darah. Perkara inilah yang terjadi pada pesakit diabetis mellitus.

 

Jenis-Jenis Kencing Manis
1) Kencing Manis Jenis 1 – Insulin Dependent Diabetes Mellitus (bergantung pada Insulin)

  • Biasanya berlaku pada kanak-kanak dan remaja.
  • Biasanya badan tidak dapat menghasilkan insulin.

2) Kencing Manis Jenis 2 – Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus (tidak bergantung pada insulin)

  • Jenis yang paling biasa ditemui. Lebih daripada 90% penghidap diabetes adalah dari Jenis 2.
  • Biasanya dihidapi oleh orang yang berumur dan berat badan berlebihan.
  • Biasanya sel-sel badan tidak bertindak balas dengan baik terhadap insulin atau insulin yang dihasilkan tidak mencukupi.

Terdapat salah faham yang mengatakan kencing manis Jenis 2 adalah kurang serius berbanding Jenis 1, mungkin kerana pesakit Jenis 1 perlu menyuntik diri sendiri dengan insulin. Sebenarnya kedua-dua jenis adalah serius jika tidak diurus dengan baik

 

Tanda-Tanda Anda Menghidap Kencing Manis

gejala

Komplikasi

 

Punca Berlaku Kencing Manis

1) Berat Badan Berlebihan
Lebih dari 85 % penderita diabetes diketahui memiliki lebihan berat badan. Obesiti sering dikaitkan dengan risiko diabetes

2) Pemakanan Tinggi Gula & Lemak
Salah satu faktor utama penyebab diabetes adalah gemarnya seseorang dalam pengambilan makanan yang tinggi gula dan lemak. Makan makanan tinggi gula dan lemak menjadi punca kenaikan berat badan, yang pada akhirnya akan meningkatkan insulin sehingga risiko terkena diabetes pun menjadi meningkat.

3) Faktor Disebabkan Dari Keturunan
Satu kajian yang dijalankan ke atas penduduk tempatan mendapati 11.7% daripada pesakit diabetes yang dimasukkan ke Hospital Besar Kuala Lumpur mempunyai sejarah penyakit diabetes yang positif. Kajian awal ada menunjukkan penyakit diabetes sering menimpa pasangan kembar serupa. Kebarangkalian 60% untuk seorang kembar mengalami penyakit ini setelah dewasa jika kembar seorang lagi mempunyai penyakit diabetes iaitu diabetes yang tidak bergatung pada insulin.

4) Kurang Aktiviti Bersukan
Tidak aktif dan kurang bersenam berkaitrapat dengan peningkatan risiko penyakit kencing manis. Senaman dapat melindungi seseorang dari mendapat kencing manis iaitu dengan cara meningkatkan kesan atau sensitiviti insulin.Senaman yang dilakukan secara teratur baik untuk penyakit kencing manis kerana ini dapat menambahkan lagi pembakaran gula dalam otot-otot dan ia akan mengurangkan kandungan gula dalam darah.

 

Siapa Berisiko Tinggi Mendapat Kencing Manis

  1. Berumur 35 tahun ke atas. Semakin berusia semakin tinggi risiko untuk mendapat diabetes
  2. Berat badan berlebihan atau obesiti
  3. Latar belakang keluarga yang mempunyai diabetes
  4. Sejarah diabetes pada kehamilan terakhir
  5. Sejarah mempunyai bayi yang besar (berat kelahiran adalah 4kg atau lebih)
  6. Tekanan darah tinggi.
  7. Tidak aktif – gaya hidup yang tidak sihat
  8. Faktor pemakanan – pengambilan makanan berlemak tinggi dan kurang pengambilan makanan berserat
  9. Mempunyai tahap lemak dan kolesterol yang tinggi

Bagaimanapun penyakit kencing manis mampu menyerang sesiapa juga pada semua peringkat umur sekiranya permakanan dan minuman tidak dijaga.

 

Cara Mengesan Kencing Manis
Kencing Manis dapat dikesan dengan ujian air kencing atau ujian darah di klinik ataupun di hospital. Ujian darah amat mudah digunakan dan dapat mengukur kadar gula dalam darah dengan tempoh beberapa minit sahaja. Selain itu terdapat ujian daya tahan glukos di mana pesakit akan disuruh meminum minuman bergula dan mereka diuji untuk memastikan peningkatan kadar glukos. Selain itu ujian puasa glukos di mana mereka yang diuji akan dilarang makan atau minum semalaman sebelum mereka diuji untuk menentukan kadar glukos mereka.

 

Cara Mengelak Kencing Manis

Pemakanan

  1. Elakkan minum air bergas seperti pepsi, coca-cola atau apa-apa sahaja air bikarbonat.
  2. Kurangkan mengambil karbohidrat seperti nasi.
  3. Banyakkan makan sayur dan kurangkan makanan berminyak serta berlemak
  4. Lebihkan pengambilan makanan yang dimasak sendiri dan kurangkan makanan yang diproses. Jauhi makanan segera dan makanan ringan
  5. Kawal pengambilan sodium (garam) atau makanan yang masin
  6. Ambil sekurang-kurangnya tiga cawan susu rendah lemak setiap sehari.
  7. Makan banyak ikan, utamakan cara memasak dengan membakar, panggang atau gril berbanding menggoreng
  8. Kurangkan menggunakan minyak masak biasa. Utamakan minyak zaitun untuk memasak
  9. Gantikan gula dengan stevia. Stevia diakui dapat mengawal gula dalam darah

Penjagaan Berat Badan & Senaman

  1. Banyakkan bersenam seperti joging, mengayuh basikal, berenang dan bersukan
  2. Berat badan yang berlebihan sering dikaitkan dengan kencing manis, jadi anda wajib mengamalkan gaya hidup yang sihat
  3. Rajinkan diri anda untuk berpeluh di taman atau gym. Di rumah pun boleh bersenam. Semuanya bergantung kepada keazaman anda

Pemeriksaan Diri Sendiri

  1. Seseorang itu seharusnya berwaspada tentang apa-apa perubahan pada badan mereka iaitu dari segi kulit (lagi-lagi pada bahagian kaki), rasa kebas pada hujung jari tangan atau kaki dan apa-apa perubahan lain yang dirasakan.  Selain dari itu, pemeriksaan oleh doktor untuk memastikan kadar gula dalam darah mesti terus dijalankan.
  2. Bagi anda yang berisiko menghidap kencing manis, lakukan ujian gula darah secara tetap di klinik. Ini sangat penting untuk anda mengambil langkah awal untuk mengawal dan merawat. Jikalau anda tiada masa ke klinik, boleh juga beli ‘Kit Ujian Darah’ di farmasi dan lakukan sendiri di rumah. Tapi pastikan anda dapatkan nasihat ahli farmasi tersebut untuk menggunakannya.

baca juga: Anda Sudah Berkahwin? Artikel Ini Mungkin Menarik Untuk Anda!

Mengambil Suplemen Herba

Kita sedia maklum pengidap kencing manis semestinya akan mengambil ubat hospital sama ada dalam dos yang kecil ataupun suntikan insulin. Tapi kesan jangka panjang terhadap ubat hospital ialah lemah tenaga syahwat bagi kaum lelaki.

Jika anda berisiko atau disahkan menghidap kencing manis, selain mengawal pemakanan, anda juga boleh mengamalkan suplemen herba seperti Tunjuk Langit secara berterusan kerana ia boleh mengawal paras gula dalam darah serta memulihkan kembali tenaga kelelakian anda.

Tahukah anda, kegemukan dan kencing manis sering dikaitkan dengan lemah tenaga batin (mati pucuk) ? Cuba tanya lelaki yang telah menghidap kencing manis, pasti jawapannya Ya!

 

Advertisement