5 Perkara Yang Harus Anda Lakukan Bersama Isteri Sebaik Sahaja Bangun Tidur

Apabila jam loceng anda mula berbunyi, perkara pertama yang anda fikirkan tentu sekali untuk menyelesaikan beberapa perkara dari senarai harian anda.

Namun kita seringkali terlupa sesuatu yang berharga, iaitu si dia di sebelah anda.

Tentulah anda terfikir juga mengenai isteri anda. Saling berbalas teks pada suatu ketika, malah ana berdua turut meluangkan masa untuk keluar bertemujanji kadangkala.

Tapi adakah anda benar-benar pernah ambil masa setiap hari untuk berhenti sejenak dan nikmati momen tersebut?

5 perkara berikut cukup remeh namun ia cukup bermakna jika anda masukkan dalam rutin pagi anda.

cium pagi

1. Berbalas Ucapan Pagi Dan Selamat Tinggal

Kedengaran cukup mudah, bukan? Namun sedikit sahaja boleh memberikan impak yang besar dalam perhubungan anda.

Pasangan anda berhak untuk mendapat ucapan helo atau selamat tinggal dari pada anda. Pergi begitu sahaja seolah-olah membuatkan si dia berasa seperti tidak dihargai.

breakfast pagi

2. Bangkit Awal Untuk Nikmati Kopi Bersama

Jika ia bukan pada pagi hari minggu, adakah anda pernah luangkan masa untuk bersarapan bersama pada waktu pagi?

Ini kerana waktu bersarapan kita mengambil masa untuk menghadam makanan dan lebih mudah untuk berkomunikasi ketika waktu itu.

puji si dia

3. Memberikan Pujian Kepada Mereka

Walaupun anda sedang bergegas untuk ke tempat kerja, jangan sesekali lupakan untuk memberitahu pada si dia sekali sekala mengapa anda mencintai si dia.

Pujilah isteri anda dengan apa bentuk pujian pun kerana ia boleh membantu untuk jangka masa panjang.

luah kesalan

4. Luahkan Kekesalan Anda

Anda kerap masuk tidur bersama walau dalam keadaan marah namun tidak digalakkan untuk keluar rumah dalam keadaan yang sama.

Jika anda benar-benar tidak berpuas hati akan sesuatu perkara, ambil masa lima minit waktu pagi itu dan luahkannya pada pasangan anda. Ini sedikit sebanyak boleh memperbaiki hubungan anda.

tentang mata

5. Lihat Pada Diri Masing-Masing

Ingat kali pertama anda mula bertemu janji dengan pasangan anda? Anda berasa tidak puas meluangkan masa bersama-sama malah anda ambil masa yang lama untuk bertentang mata.

Walaupun ini adalah perkara yang berlaku pada pemulaan perkahwinan, bertentangan mata bersama pasangan harus dikekalkan pada sepanjang perkahwinan anda.