Kanta Lekap Mata – Bukan Sekadar Kecantikan


- 5 Sep 16
View 239 : Today 1

Kanta lekap atau kanta sentuh adalah kepingan seakan plastik nipis dan melengkung yang dilekapkan terus ke kornea mata. Kanta lekap adalah alternatif kepada penggunaan kaca mata untuk memperbaiki penglihatan seseorang yang rabun dan boleh digunakan untuk tujuan teraputik dan kosmetik.

Advertisement

 

Adakah Penggunaan Kanta Lekap Satu Amalan Sihat?

getty_rf_photo_of_man_putting_in_contact_lens

Sebenarnya ia bergantung kepada disiplin dan sikap pengguna. Pemeriksaan mata perlu dilakukan ke atas semua individu yang berhasrat untuk memakai kanta lekap termasuklah kanta lekap berwarna tanpa kuasa bagi menentukan sama ada seseorang itu sesuai/layak atau tidak untuk menggunakan kanta lekap.

Pemeriksaan lanjutan secara berkala selepas pemakaian adalah perlu bagi memantau tahap kesihatan mata pengguna & kesesuaian kanta lekap.

 

Siapa Yang Mendapat Faedah Daripada Pemakaian Kanta Lekap?

shutterstock_192451649

  •  Individu yang mempunyai masalah rabun.
  • Individu yang aktif bersukan.
  • Individu yang mempunyai masalah mata seperti keratokonus, koloboma iris dan sebagainya

 

Siapa Yang Tidak Patut Memakainya?

download

  • Individu yang menghidap masalah mata seperti konjunktivitis kronik, blefaritis, jangkitan kuman dan mata kering.
  • Pesakit diabetes, HIV positif dan penyakit berjangkit lain juga tidak harus menggunakan kanta lekap.
  • Individu yang mempunyai tahap kebersihan diri yang rendah.

 

Apakah Komplikasi Yang Mungkin Berlaku Jika Seseorang Tidak Mematuhi Aturan Pemakaian Kanta  Lekap?

contact-lenses-57-728

Komplikasi paling berbahaya ialah berlakunya jangkitan kuman pada lapisan kornea mata yang dipanggil ulser kornea dan boleh menyebabkan kebutaan.

Pengguna kanta lekap harus menghentikan serta-merta penggunaan kanta lekap apabila mata menjadi merah, berasa sakit dan penglihatan mula kabur dan perlu terus berjumpa doktor mata.

Rawatan segera perlu diberikan bagi mencegah kebutaan.

 

Apakah Pesanan Kepada Semua Pengguna Kanta  Lekap?

contact-lenses

  • Hanya membeli kanta lekap dari pengamal Optometri yang berkelayakan sahaja.
  • Tepati semua temujanji dan minta nasihat dari pengamal Optometri mengenai kanta lekap anda.
  • Elakkan daripada memakai kanta lekap di kawasan yang berisiko tinggi untuk menyebabkan kanta lekap tercemar.
  • Sentiasa menjaga kebersihan sepanjang pemakaian kanta lekap terutamanya kebersihan tangan dan tempat simpanan kanta lekap anda.
  • Jangan berkongsi kanta lekap.
  • Jangan sekali-kali memakai kanta lekap melebihi waktu yang disarankan.
  • Gunakan larutan pembersih kanta lekap yang disarankan dan jangan sesekali menggunakan air paip.
  • Elakkan tidur dengan memakai kanta lekap
Advertisement